Cola-cola Stevia, Lebih Kurang Kandungan Gula!

Korang! Ni pokok stevia. Rasanya korang tahu kot yang stevia mempunyai rasa manis tetapi kandungan gula yang sangat rendah. Ramai pakar nutrisi yang rekomenkan pengambilan stevia berbanding dengan gula sebenar.


Dan sekarang Cola telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu Coca-Cola Stevia. Jika sebelum ini kita sudah merasai sendiri varian Coca-Cola yang lain seperti Coca-Cola Classic, Light, Zero Sugar, dan Vanilla. Apa yang menarik tentang Cola-cola Stevia? Dikatakan Coca-Cola Stevia mempunyai rasa setanding Coca-Cola Classic tetapi dengan 35% kurang gula, dihasilkan dengan kombinasi gula dan kemanisan ekstrak semulajadi Stevia.


“Kami tahu pengguna inginkan lebih pilihan dan memandangkan populariti stevia sebagai pemanis semakin meningkat di peringkat tempatan dan global, Coca-Cola Stevia menjadi inovasi terkini kami yang memberikan pengguna pilihan kurang gula dengan kehebatan rasa yang sama dengan Coca-Cola Classic. Setakat ini, 3 daripada 5 produk Coca-Cola diiktiraf dengan Logo Pilihan Lebih Sihat (Healthier Choice Logo, HCL) termasuklah Coca-Cola Stevia, yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai pilihan kurang gula untuk pengguna di bawah kategori minuman berkarbonat. Kami sedang berusaha memastikan pilihan kurang gula dan tanpa gula ini mudah didapati di seluruh negara,”
Ahmed Yehia, Pengurus Negara Malaysia, Singapura dan Brunei, The Coca-Cola Company.

“Stevia ialah pemanis tanpa kalori yang dihasilkan dari daun pokok Stevia. Ia digunakan dengan kombinasi gula atau pemanis-pemanis lain dalam pelbagai makanan dan minuman untuk memberikan pengguna pilihan rendah kalori atau kurang kalori dan kami gembira kerana dapat menawarkan pilihan ini kepada rakyat Malaysia dengan Coca-Cola Stevia,”
Finaswani Mohamed Zin, Ketua Hal Ehwal Umum dan Komunikasi di Coca-Cola Bottlers Malaysia.

Untuk menguji tentang kehebatan rasa Cola-cola Stevia yang ketara sangat sama dengan Coca-Cola Classic,  satu ‘Cabaran Rasa’ Coca-Cola telah diadakan di di dua pameran di Lembah Klang. Dengan Mesin Cabaran Rasa ini, orang ramai akan diberikan satu cawan yang diisi dengan Coca-Cola Classic atau Stevia. Setelah  mencubanya, mereka perlu meneka samada ianya Cola-cola Classic ataupun Cola-cola Stevia.

Nah! Ternyata memang tiada bezanya....

Rasanya sama cuma Cola-cola Stevia mempunyai kandungan gula yang lebih rendah.


Nak cuba sendiri, hokeh sila kunjungi:-

Old Wing Concourse Area, One Utama Shopping Centre 
Rabu 18 April hingga Ahad 22 April
Beli 4 x Coca-Cola Stevia 320mL pada hanya RM4
Beli 1 x Coca-Cola Stevia 500mL botol PET pada hanya RM1.80
Nota: Hanya untuk pembelian dari 18 Apr – 22 Apr (RABU – AHAD) di AEON One Utama dan kaunter promosi Cabaran Rasa yang terletak di One Utama Old Wing Concourse.

Keterangan lanjut sila layari:-

Coca-Cola Journey 

Blog Coca-Cola Unbottled

Comments

tatoro said…
hi
im wong is a coke collector
i saw u attend the launch stiva coke
thy ha giving a box set..
o u have it??
if u have can u sale to me?? i hope to have it..
please let me know if u sale
i really hope can get it
thanks

Popular Posts