Kempen 'Ibu Sejati' Lady Choice

Tidak dinafikan peranan sebagai seorang ibu bukan mudah, apatah lagi jika mahu menjadi seorang ibu yang sempurna. Masyarakat pada zaman ini memandang tinggi peranan seorang ibu, ditambah pula dengan bagaimana keazaman kebiasaannya seorang ibu untuk memberikan yang terbaik bagi anak-anak mereka.
Jenama mayonis terkemuka Malaysia, Lady’s Choice telah mengumumkan pelancaran 'Ibu Sejati', iaitu kempen kesedaran di seluruh negara untuk mengatasi stereotaip ibu sempurna. Mesej "Tiada ibu yang sempurna, hanya ibu yang sejati" yang ditonjolkan bukan sahaja sekadar perkataan, tetapi juga merupakan cara jenama Lady’s Choice menegaskan bahawa kasih ibu sejati adalah ibu penyayang tanpa batasan.

'Ibu Sejati' menampilkan kisah sebenar penuh inspirasi tiga orang ibu dan bagaimana mereka menangani masalah dalam peranan harian mereka. Disampaikan melalui sebuah siri video, kisah-kisah penuh emosi yang menarik menggambarkan peranan unik ibu-ibu ini dan pendekatan berbeza yang diambil dalam mendahulukan anak-anak mereka. Bagaikan wira yang tidak didendangkan untuk insan yang tersayang, barisan ibu-ibu ini merangkumi Wan Musfirah Aimi yang merupakan seorang ibu berkerjaya, ibu tunggal Natalie Hussin, dan suri rumah sepenuh masa, Normani Isa, yang masing-masing mempunyai tiga orang anak.

"Peranan seorang ibu telah berubah dengan tanggungjawab yang lebih besar dalam persekitaran yang pantas hari ini – terutamanya bagi mereka yang perlu mencari keseimbangan antara kerjaya, menjadi isteri yang bertanggungjawab di samping membesarkan anak-anak, dan juga meluangkan masa untuk diri sendiri. Walaupun berguna, sumber inspirasi yang boleh didapati di Internet kadang-kala boleh meningkatkan tekanan dalam kalangan ibu bapa. Ini boleh menimbulkan keresahan di mana mereka merasakan bahawa mereka masih tidak melakukan yang secukupnya untuk anak-anak mereka,"
                                       Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Ringan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

Kajian menunjukkan bahawa 84 peratus daripada ibu-ibu di Asia sering menggunakan Internet sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka. Mereka juga percaya bahawa Internet adalah sumber yang boleh membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik untuk keluarga mereka 1 . Secara tidak langsung, keadaan ini boleh mendedahkan ibu-ibu kepada tekanan sosial apabila kemahiran keibubapaan dan pilihan mereka sering dipertikaikan.


Jelas Shiv, "Sebagai jenama mayonis No. 1 yang dipercayai oleh berjuta-juta rakyat Malaysia, kami berada di kedudukan yang sesuai untuk mendorong perbualan ini. 'Ibu Sejati' menggalakkan para ibu untuk menerima hakikat bahawa ibu yang sempurna tidak wujud, malah lebih penting untuk menjalani kehidupan sebenar dan menunjukkan kasih sayang mereka, walaupun hanya melalui sarapan mudah yang lazat dan berkhasiat. Kami di Lady’s Choice mahu memainkan peranan proaktif untuk memberi inspirasi dan menyediakan penyelesaian kepada semua ibu."

Wajah baru dengan kebaikan yang sama Kempen 'Ibu Sejati' adalah inisiatif yang tepat pada masanya seiring dengan pengenalan pembungkusan baharu untuk mayonis Lady's Choice. Dengan penampilan baharu dalam botol cantik dan mudah, mayonis Lady's Choice mengekalkan kebaikannya sebagai
penyelesaian yang mudah dan serba sesuai bagi menyediakan sandwic yang enak dan berkhasiat dengan mudah sekali.

Diperbuat dengan 100% ramuan sebenar dan kaya dengan Omega-3, iaitu asid lemak penting bagi perkembangan kanak-kanak, mayonis Lady's Choice adalah teman yang paling baik untuk meringankan beban ibu semasa menyediakan sarapan berkhasiat untuk anak mereka.
Untuk membawa kempen 'Ibu Sejati' ke seluruh Malaysia, Lady's Choice telah menjalin kerjasama kandungan yang unik dengan Rangkaian Televisyen Media Prima untuk meluaskan jangkauannya dan melibatkan berjuta-juta ibu menerusi platform televisyen terkemuka. Kerjasama itu juga menggunakan sumber kreatif rangkaian tersebut untuk menghidupkan kisah 'Ibu Sejati', sambil memberikan kandungan yang bermutu tinggi.

Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima berkata, "Daripada semua usaha sama kami dengan jenama Unilever sejak bertahun-tahun, kerjasama kali ini memberikan salah satu hasil yang paling memuaskan daripada segi kreatif. Kempen 'Ibu Sejati' membawa mesej yang bermakna dan patut dihayati oleh berjuta-juta isi rumah di seluruh negara. Kami bersama dengan Lady’s Choice sepenuhnya dalam usaha untuk membantu ibu-ibu dengan perjuangan mereka terutamanya pada waktu pagi."


Sebagai lanjutan kempen ini, Lady's Choice akan melaksanakan pengaktifan seluruh negara untuk berhubung dengan para ibu Malaysia, di samping memberi pendidikan pemakanan berkhasiat yang berterusan dari bulan April hingga September 2018. Sempena menyambut Hari Ibu, Lady's Choice juga akan memberi ganjaran kepada ibu-ibu dengan baucar spa eksklusif pada bulan Mei. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/LadysChoiceMalaysia. Mayonis Lady's Choice dalam bungkusan baru kini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya besar, pasar raya dan pasar mini di seluruh negara.

Comments

Popular Posts