MILO® melancarkan inisiatif MILO® Aktif Negaraku

MILO®, penyokong pembangunan sukan dari peringkat akar umbi telah melancarkan inisiatif MILO® Aktif Negaraku. MILO® yang telah memacu pembangunan di sukan peringkat akar umbi di Malaysia selama lebih 60 tahun bertekad untuk membantu seramai lima juta rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup aktif menerusi pelbagai jenis program sukan yang disediakan di bawah inisiatif MILO® Aktif Negaraku.

Sumber Pic : Google

“Lebih daripada 60 tahun, MILO® telah membekalkan tenaga dan nutrisi kepada rakyat Malaysia dan tidak mengenal lelah untuk membangunkan sukan tanah air serta menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih aktif. MILO® Aktif Negaraku adalah sebahagian daripada rancangan berterusan kami untuk memperluas misi menggalakkan lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif. Inisiatif ini mencerminkan janji kami untuk memberikan Good Food, Good Life kepada semua rakyat Malaysia,” 
.
“Misi untuk menggalakkan lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif adalah selari dengan komitmen global Nestlé untuk membantu lebih 50 juta kanak-kanak di seluruh dunia mengamalkan gaya hidup lebih sihat,” 
Alois Hofbauer, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad

Bagi menggalakkan lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif, siri-siri aktiviti sukan akan dijalankan di seluruh negara sepanjang tahun melalui inisiatif MILO® Aktif Negaraku. Inisiatif ini akan menghimpunkan pelbagai platform sukan yang disokong MILO®, termasuk MILO® Champions Clinic, MILO® ActivJam Senamrobik, MILO® Hidup Bola, Hari Sarapan Malaysia

Sumber Pic : Google

MILO® serta pengenalan teknologi canggih MILO® Bola Juara. Menerusi pelbagai aktiviti ini, MILO® Aktif Negaraku mampu mewujudkan pelbagai peluang untuk memulakan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.


“Sejak 60 tahun lalu, MILO® telah menerajui pembangunan sukan di peringkat akar umbi bagi semua rakyat Malaysia. Setiap tahun, MILO® telah menganjurkan pelbagai aktiviti hebat yang dinanti-nantikan semua rakyat Malaysia. MILO® Aktif Negaraku melambangkan komitmen kami untuk membina masa depan yang lebih aktif bagi rakyat Malaysia. Dalam merealisasikan komitmen ini, kami telah membawa bersama pelbagai platform dengan unsur-unsur baharu yang mengujakan, seperti kerjasama dengan FC Barcelona untuk MILO® Champions Clinic: Edisi Barca, serta beberapa inisiatif terbaharu, seperti MILO® Bola Juara, teknologi canggih yang diperkenalkan buat julung kali di peringkat dunia,” 
Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad. 

MILO® Bola Juara, “Smart Ball” unik yang dihasilkan oleh MILO® akan diperkenalkan buat julung kali di pentas dunia sempena pelancaran MILO® Aktif Negaraku. Apabila dihubungkan dengan aplikasi telefon bimbit, MILO® Bola Juara mampu menjejak pelbagai pergerakan yang dibuat, sekaligus membolehkan para pengguna menjejaki aktiviti dan perkembangan amalan sukan mereka. MILO® Bola Juara bakal ditampilkan di pelbagai acara MILO® Aktif Negaraku di seluruh tanah air dalam beberapa bulan ini bagi menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa di setiap negeri menjalani gaya hidup lebih aktif dengan bantuan teknologi canggih ini.

Sumber Pic : Google
MILO® Champions Clinic: Edisi Barca yang bakal berlangsung dari 31 Mac hingga 13 Mei akan menyaksikan kanak-kanak dari seluruh Malaysia menjalani latihan dengan jurulatih terkemuka tanah air, Azman Adnan dan Coach Yong. Lebih menarik lagi, 19 kanak-kanak yang telah menyertai Klinik Juara MILO®: Edisi Barca akan berpeluang berkunjung ke Camp Nou, stadium kebanggaan FC Barcelona! Beberapa MILO® Champions Clinic untuk enam sukan lain turut akan dilancarkan pada tahun ini, di samping pelbagai akitiviti lain dalam inisiatif MILO® Aktif Negaraku, termasuk MILO®

Hidup Bola yang bakal kembali mengujakan semua. Untuk maklumat lanjut mengenai sukan-sukan yang terlibat dalam MILO® Aktif Negaraku, serta perkembangan usaha MILO® dalam menggalakkan gaya hidup aktif di Malaysia, sila layari www.milo.com.my atau www.facebook.com/MiloMalaysia

Comments

Popular Posts