Amalan memberi salam dan bersalaman...

Mula-mula saya bekerja dan mengajar CFS...
Saya dikejutkan dengan budaya yang memberi senyum sambil memberi salam bila berjumpa tidak kira umur, pangkat dan sebagainya....
Saya juga terharu apabila setiap kali pengajaran kami akan memulakan dengan membaca doa dan ditutup dengan doa...demi mendapat keberkatan...
Paling seronok selepas mengajar pelajar perempuan akan beratur panjang salam dan cium tangan sambil mengucapkan terima kasih kepada yang mengajar....pelajar lelaki hanya mengucapkan terima kasih...

tapi sem ini buat kali pertama saya bertemu seorang pelajar yang bukan hanya bersalam dan cium tangan bahkan akan meminta saya menghalalkan setiap kali apa yang diajar...adakalanya pelajar ini sudah menunggu saya dipintu bilik (sebelum kelas bermula) untuk bertanya sekiranya saya memerlukan bantuan apa-apa....Kaget juga...mula-mula saya agak janggal tapi lama-lama rasa dah biasa....

Paling seronok apabila bekas pelajar yang menghantar mesej berbentuk ingatan dan mendoakan kesejahteraan saya....saya rasa sungguh terharu..
Kerana itu saya masih bertahan disini sebagai pendidik CFS UIA Petaling Jaya walaupun ianya tidak se"gah" mana..tetapi peranan saya sebagai penyampai ilmu, fellow, kakak bahkan rakan menjadikan saya tidak pernah berkira masa walaupun pernah 2-3 kali bangun pada pukul 1 pagi untuk menghantar pelajar-pelajar yang dikasihi untuk mendapat rawatan di hospital dan sebagainya...dan saya pasti begitu juga dengan rakan-rakan fellow lain...

Begitu juga dengan sokongan suami dan keluarga yang banyak membantu saya menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberi...

Salam kerinduan buat semua bekas pelajar yang dikasihi...
Amalan memberi salam dan bersalaman... Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 10, 2009 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.