Digital Mall Member's Day Bazaar Is Back!!!

Kebetulan saya sudah berjanji dengan Anaqi untuk membawa beliau ke Digital Mall sebelum hujung minggu ini ~ atas urusan untuk menukarkan beberapa games lama di PSP dengan games yang baru. Anak lelaki sekarang ni, inilah gadjet diaorang. Tak habis games... games... games... Selain daripada itu nak beli charger baru untuk 'Game Boy' lama Akid. Hmmm... Sampai di Digital Mall memang nampak sesak dengan orang, rupa-rupanya ada Member's Day. Wahhh banyak barang yang dijual murah khas untuk member Digital Mall.
Costume play dari games character rasanya ni. Tapi saya tak sure games apa. Kecuali itu clown yang mana2 event mesti ada.
Anaqi yang sememangnya semangat dan ceria sebab apa yang dihajatkan sejak bulan lepas sudah tercapai akhirnya.
Ada cotton candy dan pop corn free!!!
Ramai yang berkerumun kat booth Galaxie Tab. Murah dan berpatutan kot harga yang ditawarkan. Kamera DLSR pun dia bagi "hot price". Berapa harga dia saya tak sure-lah pulak sebab dah aim cari games baru untuk Anaqi (so malas lak nak amik tahu hik hik).
See... Beria dua beradik ni pilih. Ai bagi muka sebab diaorang behave untuk beberapa hari ni (hik hik). Kira upahlah buat adik-beradik kongsi main games baru.
Si Akid lak sibuk usha kat saya mintak beli games baru jugak untuk set Game Boy dier. Siyes saya tak sure camne rupa perisian tu (tak tahu versi mana). Dia nangis gak tapi abang dia pujuk suruh pilih satu games pilihan dia masuk dalam PSP, terus OK lepas tu.
Saya jadi member Digital Mall, tiada bayaran dikenakan kalau register sebelum 6 Mei 2011 tapi selepas tarikh tersebut caj sebanyak RM10 dikenakan. So apa yang saya beli sempena dengan Digital Mall Member's Day ~ casing Ipad yang bertutup (saya dapat dengan harga RM40, suke suke), charger Game Boy (RM35) dan games baru yang dimasukkan ada 7 games (RM20). Dengan jumlah yang saya belanja membolehkan saya bermain games kat booth Epson (akhirnya dapat tuala) dan juga layak menyertai lucky draw (kalau menang dapat hadiah spa RM1500).

Hari Jumaat rehatnya lama, tapi saya shopping kejap ajer. Paling penting janji pada anak-anak dah ditunaikan :) yeay

Keterangan lanjut mengenai Digital Mall samada mengenai ahli kelab @ event @ promosi boleh layari http://www.digitalmall.com.my/

Digital Mall Member's Day Bazaar Is Back!!! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 04, 2011 Rating: 5

3 comments:

  1. wohoo sempat lg dpt towel+join lucky draw tu heheh

    ReplyDelete
  2. suzz- tu ler pasai..alang2 menyelam... :)

    ReplyDelete
  3. untung anak2 zaman sekarang kan?? zaaman kita dulu mmg tak dapeklaaaaaa games2 ne.. amana setakat ne cd jela yg papa dia layan.. ila?? beli barang makeup dia kot..hehe

    harap2 our kids boleh jadi anak2 yg baik & meneyenangkan hati ibubapa

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.