Kasihnya Abang :(

Pic : my newshub

Sayu, sedih dan sebak saya melihat gambar diatas. Walaupun ianya hanya lukisan tapi saya tidak tahu dari mana inspirasi foto ini diperolehi. 1001 citer kita boleh menggambarkan foto yang sarat dengan perasaan ini. Tentang kemiskinan, kelaparan, keperitan tapi yang paling tersentuh "Eratnya kasih-sayang persaudaraan". Wajah dan reaksi si abang yang begitu menyayangi adiknya benar-benar menyentuh perasaan saya. Adakah mungkin ke semua anak-anak saya mempunyai hati dan perasaan seperti adik-beradik dia atas, saling menyayangi satu sama lain? Doa saya harap-harap lebih daripada itu :)


=


=


=


=


=


=


=


=


=


Foto diatas saya rakamkan ketika kami sekeluarga memanjat Bukit Melawati tidak lama dahulu. Dek kesian kat Afiq yang penat berjalan Anaqi terus mengendongnya. Tanpa disuruh, tanpa diarahkan. Jauh juga si abang mengendong adiknya kat belakang!

Moga abang terus melindungi dan menjaga adiknya. Dan moga adik-adik akan terus menghormati dan menyayangi abang dan kakaknya sampai bila-bila. Amin.

P/s: Saya percaya semua ibu-bapa mengharapkan yang baik-baik buat anak. Dan saya masih ingat ketika saya sedang seronok makan bersama mama blogger malam semalam (event Disney Junior), salah seorang mom kat situ yang baru kenal tiba-tiba berbisik sayu pada saya "kita makan-makan sedap kat sini, anak kat luar makan nasi lemak 50 sen jer". Hmmmm.
Kasihnya Abang :( Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 02, 2011 Rating: 5

4 comments:

  1. betul tue.. sayu tengok gambar tue..
    uyun pon harap dania dapat jadi kakak yang baik satu hari nanti..

    tq bagi hadiah comel..
    sampai semalam..

    ReplyDelete
  2. mi, pic tu lukisan ke? nampak cam real je... anyway, walaupun sgt nakal & suka mengusik, anaqi mmg abang yg baik & boleh dipercayai utk jaga adik2... :)

    ReplyDelete
  3. dh biasa tgk lukisan tu...memang sayu sgt :(

    my zharfan pun sgt protective--all the time mengalah dgn lil ariff (2 character yg berbeza)

    besh u dpt attend event disney yg besh tu setelah kita attend even huggies yg crap tu :( cian me--mcm membazier duit minyak+tol ajer :(

    ReplyDelete
  4. cute mum- dania tu kakak mesti lebih melindungi adiknya..nakal2 comey..dah smpi ya, alhamdulillah :)

    dedet- betul betul...gambar real ler


    suzz- ai igt malas nak komen banyak2..ai nak buat posting lps tu ai nak antar link...nak tgk respon :p

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.