Sangatlah Syiok Shopping Nak Dekat Raya!!

Saya nak balik kampung malam ni takpun esok pagi. So saya boleh manfaat dua hari di hujung minggu dengan pergi bershopping. Sakan dik non, suke mak. Memang ramai orang KL yang dah balik kampung tapi still pergi mana-mana penuh owang bershopping. Dan harga sangat meruntuhkan jiwa anda :) Percayalah, jangan buat2 terkejut banyak tempat akan ada sesi lelongan secara terbuka~hot spot Jalan TAR. Confirm my dua adiks itu pergi malam raya nanti, hehehehe.

Semalam saya merendet One Utama, since Jusco sudah berubah wajah baru ~ besaq mak aihhh dan ada banyak SALE di situ dan juga Parkson Grand. Malam lak Dedet ajak pergi merewang kat Giant KD, banyak booth baju2 kurung dan melayu tapi kena pandai cari yang murah dan berbaloi. Tengah malam kitaowang singgah kat Up Town Kota Damansara untuk sesi cuci mata dan makan keow teow goreng + honey chicken wings yang sangat shodap. Siap tapau lagi :P

Dalam banyak2 rembatan semalam, saya nak share 3 item dibeli yang saya sangat suke..
Saya beli baju kurung ni. Material sangat lembut dan paling penting tak jarang (dari baju hingga lengan + kain sekali) sebab ada dua lapis kain ~harga RM80 dari RM186. Ni bukan baju raya tapi baju untuk dipakai di majlis pernikahan adik saya nanti :)
Gaun putih untuk my Amani. Bukan gaun raya tapi gaun memeriahkan majlis perkahwinan adik saya...lagi dan lagi....hahahah. Sebab baju raya anak2 dah lama settle :) Semalam beli baju tidur raya (nak tido pun kena pakai baju baru, huhu) ni pun Mak saya yang belanja guna voucher. Terima kasih mak!!! Kena up sikit duit raya untuk Mak tahun ni hehehehehe.
Cuns tak? Ni bukan kasut saya hokeh. Tapi my Yana. Uiskkk macam2 pesen kasut raya budak2 sampai Encik Hubby pun hairan apsal pesen cam orang tua-nyer. Hmmm bukan owang tua lah Dad, tapi anak dara. My Yana kan sekarang dah memang suka bergaya dan mempunyai citarasa sendiri. Maybe terpengaruh hasil membaca majalah Bintang Kecil dan Nur lah ni! (jangan tak tahu My Yana suka tengok you tube ~video cara pakai shawl cam Hana Tajima, huhu)
Sangatlah Syiok Shopping Nak Dekat Raya!! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 28, 2011 Rating: 5

3 comments:

  1. tu la.baca kat paper, bukan main lagi sale kat KL..mcm nak lari balik KL jer shopping...
    selamat hari raya dear & maaf zahir batin..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.