Kutipan Jogathon | Maknya Pula Yang Beria-ia

Saya takdelah excited sangat nak membuat kerja meminta bantuan kewangan a.k.a derma untuk projek sekolah Anaqi dan Yana. Memang takde paksaan pun. Cuma kekadang ada gak terselit rasa ingin menolong pihak sekolah mendapat lebih sikit kewangan. Lagipun aktiviti yang dianjurkan untuk anak-anak kita jugak :p
Lebih kurang 40 petak kena isi, tapi saya memotivasikan diri fotokopi sekeping lagi so 80 orang kengkawan/sedara-mara saya akan terjahi, hik hik. Setakat ni dah 14 owang menderma dari nilaian RM10 sehinggalah RM1... oklah... :)

Tapi my Yana memang bersungguh menggalakkan saya membuat kutipan jogathon (ada udang di sebalik mee ni) bukan sahaja kerana mahu menonjolkan prestasi beliau sebagai pengawas percubaan yang dedikasi bahkan ada hadiah yang ditawarkan kepada murid yang mendapat kutipan tertinggi... huhu

Tempat pertama: iPad 2
Tempat kedua: iPhone 4
Tempat ketiga: Basikal mountain bike

Hahahahha......................... Lagi tebal muka minta derma berbanding minta owang LIKE picture kita kat facebook. Apapun saya huloq jer kad tu kat kengkawan saper nak derma dengan ikhlas, sudi-sudikan jer :)

Kutipan Jogathon | Maknya Pula Yang Beria-ia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 19, 2011 Rating: 5

5 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.