Me join Lanvin's MARRY ME, Love Hunt!

*ni no team saya no-11, cantekkan?
Ok uolls ekceli saya antara 15 pasangan (team) yang terpilih untuk acara LOVE HUNT! Anjuran Lanvin perfume MARRY ME! Camana menyertainya saya tak ingat dari mana saya dapat link, tapi yang saya tahu kita kena luahkan rasa cinta kepada pasangan yang tersayang. Ayat jiwa-jiwa gitu dan akhirnya terpilih. So event LOVE HUNT ni diadakan pada 11.11.11 di Pavillion dan bermula pada 11:11 pagi. Huhu, semuanya 11 :)
Pengacara majlis yang mewarnai acara. Penerangan dan syarat peraduan diterangkan disini. Pemenang LOVE HUNT bukanlah berdasarkan "siapa cepat sampai ke last check point". Tapi ianya lebih kepada masa paling pantas melakukan aktiviti di setiap check point dan juga task terakhir ~ meluahkan rasa cinta (task ni paling geli dan gila, hahahaha)
Ada 6 task semuanya, dan semua aktiviti adalah menarik untuk dilakukan.

Task pertama: Kena cari barangan kat Parkson dengan jumlah semuanya RM1,100. Kesilapan kami di check point ini kerana mendapatkan semua barangan yang mempunyai nilaian seperti RM299, RM199 so total kan memang susah nak dapatkan nilaian RM1,100. Akhirnya saya jumpa baju yang berharga RM200 dan RM150. So rembatlah banyak2 sehingga cukup RM1,100.

Task kedua: Ni partner kena lompat atas katil sambil partner sorang lagi pakai mekap dan lipstik.

Task ketiga: Minta tolong pengunjung Pavi mengambil gambar dengan menggunakan kamera yang disediakan. Jenis cam POLAROID!

Task keempat: Tulis mesej cinta dan masukkan dalam setiap belon. Masukkan belon dengan gas helium. So kena sediakan 11 biji belon kemudian kena lepaskan kat pintu masuk di luar bangunan PAVILLION.

Task kelima: Pasangan kena rias kuku dengan pewarna kuku. Part ni saya cam main celup jer, sebab leceh nak kikis balik sebab tak sah kalau nak sembahyang nanti. Huhu.

Task keenam: Kena hias diri dengan reben MARRY ME dan sembur minyak wangi tersebut kat badan.

Special task: Kena ucap/luah kata cinta-ni penentu! Yang ni kitowang mengelak2 nak buat. Hahaha...

Aktiviti memang BESH! Tapi nak tunggu pihak penganjur announce kan rseult, siyes lama giler. Sesak nafas saya tunggu. Siap owang pergi sembahyang Jumaat balik dari solat pun tak announce lagi. Sambil2 tu kami dihidangkan makanan ringan untuk diisi dalam perut :) Dalam banyak2 dua makanan ini paling menjadi kesukaan saya ketika lapar disitu :p
Isinya udang, rasa cam tempura udang dan ada sos dibawahnya. Nyum nyum...
Macam chicken pai, sedap rasa ada isi ayam dan mushroom.
Ahem... ahem.. Really like the expression of love from this couple. So sweet and cute... hik hik. Tapi kebanyakan peserta bukan melayu memang daringler buat ucapan. Siap kiss2 (french kiss wohh), hmmm.
Cantek kan gelang beriben? Wangi lak tu...
And winner goes to this couple, clap clap...

Hadiah lumayan beb: Anataranya dapat naik yatch mewah 3H2M kat OC (kat negara mana, lupa deh), cincin sepasang RM1,500, pre-wedding photoshoot, makan malam mewah, voucher Parkson RM2k, dll (banyak deh!).
Dan setiap peserta dapat hamper Lanvin Fragrance bernilai RM1K, wohooooooooo. Tak sia2 menunggu lama... hahahahaha. Tapi kena redeem lepas 28hb Nov.
Dan juga voucher RM100 untuk pembelian cincin perkahwinan jer. Valid until 13 Nov 2011, cam burn jer voucher ni. Ada owang nak ke? Huhu...

p/s: Penat sesangat, sampai balik umah saya mengadu ngan Encik Hubby tak larat kepala berat, itu ini. Membebel terus Encik Hubby, "Owang suh concentrate PHD yang sibuk buat aktiviti situ sini, saper suruh?". Hahahahah. Saya pun masuk tidur ZZzzzZZZzzzz. Hik hik

p/s/s: TQ Dyat jadi partner bidan terjun hakak :)

Me join Lanvin's MARRY ME, Love Hunt! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 13, 2011 Rating: 5

12 comments:

  1. heheh mati2 me ingat u pegi dgn ur hubby heheh :)
    hadiah besh tu!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. patut laa u malu2 nak buat, rupenyer dengan orang lain hehehe.. kelakar laa u.. :D gilos ape nak buat frenh french kisss.. hahaha tapi yang penting dapat voucher best tu

    ReplyDelete
  3. Rezeki betul ye.. asik menang jekan.. Syukur

    ReplyDelete
  4. pergh beznye adiah 1k voucher bez2

    ReplyDelete
  5. mz- my hubby takde cuti, lagipun die jenis main games yang jenis tak nak tunggu lama2...hhehehe

    mira- i sbnrnya nak muntah tgk hahahahhaha

    Myvitrd- alhamdulillah, rezeki sikit2 jer... :)

    nana- mmg beshh :) main jer dapat :p

    ReplyDelete
  6. patut takde adegan kissing ni sebab u pergi ngan dyat...hehehe

    ReplyDelete
  7. ezz- klu i pegi ngan hubby takde makna nak buat kat public hahahahahaha

    ReplyDelete
  8. memang lama giler menunggu. husband saya sempat pi semayang jumaat naik monorel pergi balik pun tak annnounce result lagi.

    ReplyDelete
  9. syidot- kan kan...akak rasa nak menjerit arghhhhhhhhhhhhhhhh...bakpe lama sangat ni huhu

    dedet- huhuhuhu

    ReplyDelete
  10. hehe.. ne bkn isi masa lapang ..event2 ne isi masa2 yg sempit kiki

    ReplyDelete
  11. ila- hahahaha, sib baek takde kelas... Huhuhu

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.