Audition C.O.C -- Maknyer Bereh Ajer!

Apakah itu C.O.C?
Saya pun tahu lepas tengok banner seperti yang diatas : Chief Official Correspondent.
Misi: Ke London, tengok Sukan Komanwel bulan Julai 2012
Misi mak: Nak shopping :)
Misi Anaqi: Nak gi oversea (tak pernah keluar dari Malaysia, **untuk perhatian Dedet, hahaha)
Ekceli, saya tak peduli sangat pasal audtion ni.
Hahahah...giler kejam punya statement...
Sebabnya saya sangat malas pergi audition (malas nak tunggu panjang dengan macam karenah etc) tapikan my BFF Ezz beria+bersungguh memotivasikan saya untuk datang ke audition di TV3. Sebab beliau dan Dania dah pergi sebelah paginya. Akhirnya saya keluar rumah kul 3.10 ptg, dalam kul 3.30 sampai Media Prima dan dekat kul 3.50 pm masuk untuk ditemuramah. Tup-tup kul 4.30 pm dah sampai rumah. Nampak sangatkan rumah tu sekangkang kera jer ngan TV3, hahahahah.
Anaqi amik feel...
Saya tak bersedia dengan apa2 props. Datang selamba gitew jer. Pen nak isi borangpun pinjam urusetia :p

Muka tak senonoh Anaqi ya!
Masa saya berada di sana memang saya dapati ramai yang datang membuat persiapan yang terbaik. Ada yang memang biasapun keluar dalam rancangan TV. Ada seorang ibu dan anak ni siap praktis bersungguh-sungguh depan saya. Sampai sayapun naik kecut perut gak cuma Anaqi memang relax dan sempoi habis. Cuma bila budak menjawab dalam sesi interview memang kita akan nampak keikhlasan dan jujurnya jawapan. Contohnya yer:-
Temuduga: Kenapa adik nak pergi London?
Anaqi: Saya tak pernah pergi luar negara dan ini adalah peluang saya.
Temuduga: Selain tengok sukan, adik nak buat apa?
Anaqi: Nak beli kasut sukan...---->apakah jawapan ini yangdiberikan, cam kat Al-Ehsan takde jual kasut sukan jer, hahahah
Temuduga: Dah tahu kat London, nak beli kasut sukan kat mana?
Anaqi: Nanti saya gooogle....--->nampak sangat ya, kaki surfing nternet.
Lepas tu temuduga tu suruh Anaqi jadi komentator sukan..Anaqi mula teragak-agak tak nak buat, duk geleng sambil cakap "tak reti..tak reti.."
Last..last die buat jugak..
Anaqi: Nampaknya Khairul Fahmi telah menguasai perlawanan, dan itu dia..itu dia goalllll. satu rembatan yang cantek dari Khairul Fahmi..---> Mak nyer duk tersengeh2 (dalam hati, ada ke si KF jadi penyerang bukankah die tu goalkeeper ke?...adeh)

Abis jer audition dapat souvenir :)
Sebenarnya kalau difikirkan pengalaman pergi audition tu yang penting. Saya sebenarnya lebih suka nak membina keyakinan dalam diri Anaqi (Anaqi ni jenis kadang2 rasa rendah diri). Kalau ikutkan waktu audition saya peratikan memang yang datang dengan gaya yang sangat smart, dengan props dengan mak yang disolek cantek (saya sempoi jer, huhu). 

TQ so much to Ez yang benar-benar memberi sokongan moral yang teramat besar nilainya kepada saya. Lepas jer audition saya rasa lega dan hepi sangat. Tak tahu apasal walaupun sememangnya tahu tak mungkin terpilih. At least kita dah try kan ---> no pain no gain :)
Audition C.O.C -- Maknyer Bereh Ajer! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 19, 2012 Rating: 5

7 comments:

  1. Betul tu Ayu, walaupun tak terpilih sekurang-kurangnya bagi pendedahan kepada anak untuk bina keyakinan diri.

    ReplyDelete
  2. Hehehehe.....:-) U tau? i dah berusaha suruh Mira, Suzz u pergi....Hahahaha....semuanya i BERSUNGGUH SURUH PERGI bole?....hehehehe...Try je Ayu..Rezeki kita tak tahu kan....:-)

    ReplyDelete
  3. gi gak ek..tapi mana tau ek..kalau ada rezeki kita tak tau kan

    ReplyDelete
  4. hik3, gelak jugak tang KF rembat gol tu,hahaha, it's ok kan sis,dpt pglmn,dpt boostkan keyakinan anaqi jugak =)

    ReplyDelete
  5. harap harap dua dua bf kesayangan i ni dapat pergi bersama :)

    suke jawapan anaqi, sangat jujur

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.