Bali : Tarian dan Pertunjukan Barong dan Melawat Kedai Tenunan

Tarian Barong adalah tarian tradisional masyarakat Bali yang menggambarkan pertarungan antara kebaikan dan kejahatan (kebatilan). Cerita epik menceritakan tentang pertarungan binatang purbakala yang dikenali sebagai Barong (yang penuh sifat kebaikan) dan juga Rangda (yang penuh sifat kejahatan)
Babak Pertama: Dua penari muncul dan mereka adalah pengikut-pengikut dari Rangda yang sedang mencari pengikut Dewi Kunti yang sedang dalam perjalanan mencari Patihnya (bapaknya kot, heheh)

ni rasa Patihnya....
Memang kecoh dowang ni..
Satu patah bahasa sanskrit dowang ai tak paham..




Babak Kedua, bila pengikut Dewi Kunti telah tiba, salah seorang pengikut Rangda berubah menjadi rupa yang hodoh (iskkk), dikatakan ianya dimasukkan roh yang jahat menjadikan pengikut Dewi Kunti menjadi pemarah.


Muncul Dewi Kuntiu dan anaknya Sedewa, dan Dewi berjanji untuk menyerahkan Sadewa sebagai korban kepada Rangda. Lepas tu Dewi kena rasuk roh jahat pulak. Pening dah ai, kat situ..
Lepas tu Dewi nak buang anaknya ke hutan,,,
Cenggitulahhh
babak keempat, turunlah Dewa Siwa yang memberi keabadian kepada sadewa (saper ntah) dan kejadian ini dapat dihidu si rangsa. Mengamuklah pulak si Rangda dan merancang nak bunuh di Sadewa..
Last2 Rangda nak serahkan balik si Sadewa tapi die mohon nak masuk syurga....
Pffft.................


Babak Kelima (terakhir, finally), ketika salah seorang pengikut Rangda nak bertemu dengan Sadewa, tetapi ianya ditolak oleh Sadewa sendiri. Penolakan ini menyebabkan perbalahan dan Kalika (saper ntah) menjadi babi hutan (ohh mai), dan dari babi hutan ni dier bertukar menjadi burung...


Dan last2 dari burung menjadi barong... Yang hitam itu ler Barong. Hahahaha

Ok...saya terjemah kat uolls ni pun sebab kitaorang yang datang dapat skrip cerita..
bagi orang Barat dowang layan kot pertunjukan ini..
Ai pulak sakit kepala nak kasi paham jalan cerita...
Isk...

Adalah lebih baik lepas tu kitaorang pergi ke kawasan tenunan...

Tengok orang main alat tenun ni lagi banyak paedahnya, hahahah

Sambil kenalkan kat anak2 ai..betapa epiknya mesin ini kenn

Mummy, beli satu mesin ni bawak balik Malaysia boleh?
...Boleh tengok jer ya anak-anak...

Hasil kraf yang unik ada dipamerkan...

ni memang hasil lukisan tangan...
Gegeh tau penduduk di sini mencari rezeki dengan hasil seni...

Tang ni ai kagum :)
Bali : Tarian dan Pertunjukan Barong dan Melawat Kedai Tenunan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 24, 2014 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.