Pelbagai Barangan dan PROMOSI Harga Bermula Dari RM1 di Courts Setapak

Dengan mengambil kira kepuasan pelanggan, Courts telah membuat perubahan dan pengubahsuaian konsep susunatur dekorasi dalaman agar dapat memberi keseronokan kepada pelanggannya ketika berbelanja di sini. 

Ini kerana Courts sangat komited dalam memberi servis yang terbaik buat pelanggannya dan juga menawarkan pelbagai produk dan pelbagai jenama dengan harga yang sangat berpatutan. Di mana pelanggan bukan sahaja boleh membeli secara membayar ansuran, bahkan dapat membeli dengan harga berbaloi secara tunai. 

Dan saya berkesempatan melihat sendiri pengubahsuaian yang telah dilaksanakan di Courts Setapak (*Courts Setapak merupakan Courts yang tertua di Malaysia). 

Memang menarik uolls! Dengan rupa baru yang memberi suntikan "rekabentuk moden", barangan jualan juga di pamerkan dengan kemas dan mudah buat pelanggan dalam membuat carian. Pelbagai contoh pengubahsuaian seperti di ruang tamu dan bilik tidur yang juga boleh dijadikan sebagai inspirasi buat pelanggan dalam mendekorasi rumah :)

Kunjungan saya dan beberapa blogger di sini disambut mesra oleh staf-staf Court Setapak, dan paling seronok kami telah di bawa melihat sendiri sekitar Courts Setapak yang baru sambil diberi penerangan oleh CEO Courts iaitu Mr. Tim.

Antara yang mencuri perhatian:-

 Terdapat jenama produk perabot popular yang diperkenalkan di Court setapak iaitu DORMA, Dan paling menarik di Courts Setapak juga menampilkan kelainan dengan memperkenalkan "Lifestyle Furniture Galleries" yang mempertengahkan konsep moden dan klasik.


 Yang mana pengunjung boleh melihat sendiri contoh 5 set ruang tamu yang diletakkan di Tingkat 1.

Contoh set rekaan gaya moden

Contoh set rekaan gaya klasik

Pelanggan juga boleh membuat pilihan pelbagai jenis rekaan set sofa yang ditawarkan dan di Courts ada juga menawarkan skim "Sofa Maker" yang membolehkan pelanggan mencipta sendiri rekaan sofa yang diinginkan buat kediaman mereka. Menarik bukan!

Pelbagai corak dan rekaan menarik sofa yang sedia ditawarkan buat pelanggan Courts

Di Courts Setapak juga telah menambah lebih banyak konsep baru dalam koleksi perabot, antaranya seperti kerusi malas, kusyen dan juga pelbagai aksesori peralatan tempat tidur yang menarik.

"Arm chair" @ kerusi malas yang begitu elegan dalam rekaannya sememangnya menjadi tumpuan

Rekaan almari kabinet yang mampu memberi kelainan dalam dekorasi rumah

Contoh sudut ruang makan yang boleh dijadikan inspiasi pelanggan Courts

Pelbagai jenis rekaan dan bentuk meja makan yang boleh didapti di Courts


Di tingkat 2, turut dipamerkan 18 bilik tidur dari pelabagi jenis tema -klasik dan moden, mengikut umur dan jantina dan juga bergantung kepada keluasan bilik tidur.

Contoh bilik tidur bagi mereka yang gemarkan susunan kemas tidak terlampau sarat

Contoh bilik tidur dengan sedikit tataan gaya klasik dan "simple"


Dan banyak lagi, paling saya teruja melihat sesunan atur untuk bilik tidur moden, memang punyai 1001 kelainan. Cantik! Pelanggan juga boleh mendapatkan produk katil Spring Air (antara produk katil yang esklusif) di sini.

Setiap kediaman, tidak dinafikan langsir juga antara penyeri kepada dekorasi setiap ruang. Di Courts jenama terkemuka langsir IDIA juga ditawarkan.

Dengan pelbagai rekaan fabrik yang menarik dan juga pelbagai saiz tingkap turut ditawarkan di sini.

Saya juga dapat melihat sendiri pelbagai jenis tilam yang ditawarkan di Courts Setapak. Kita boleh memilih jenis tilam yang diidamkan mengikut kesukaan dan bajet yang diperuntukkan untuk membeli.


Di Courts juga menawarkan pakej "Mattress Maker" yang mana membolehkan pelanggan memilih dan mereka rangka katil dan juga jenis tilam yang diinginkan.


Antara yang menarik minat saya ialah tilam yang menawarkan fungsi "anti-nyamuk". Ini benar-benar produk terbaru mengenai tilam yang berteknologi tinggi. Dan ianya ada ditawarkan di Courts :)


Kita juga boleh membuat pemilihan katil yang mempunyai tempat simpanan seperti ini. Memang sangat membantu dalam penjimatan ruang dan kemasan bilik.

Ini merupakan "Cool Zon Plus" yang menawarkan pelbagai jenis saiz dan jenama penghawa dingin
& pembersih udara.

Sesuai dengan musim bulan puasa, tentunya kita pasti sibuk membuat persiapan raya. Di Courts Setapak menawarkan pelbagai jenis peralatan elektrik dapur dan terdapat juga sudut demonstrasi masakan dengan memperkenalkan produk elektrik promosi yang ditawarkan.

Saya tertarik dengan kitchen Aid dari jenama Kenwood ini..

Terutama dari warna pink! Comelnya!!!

Pelbagai barangan elektrik dari jenama yang baru seperti Bosch, Dyson & Katcher.

Contohnya seperti pembersih hampagas jenama Dyson. Kita juga diberikan demo cara penggunaan produk ini di rumah.

Ketara kecanggihannya.

Di Courts juga menawarkan konsep "State-of-the-art supplier". Yang mana menawarkan lebih banyak ruang demo terutama peralatan rumah dan perkakasan dapur serta produk digital. Sebagai contoh jenama Ogawa,


Pelanggan boleh mearsai sendiri kehebatan produk ini dengan mencubanya di ruang demo yang disediakan.

Di bahagian TV khusunya, Courts menawarkan "Ultimate Screen"iaitu menawarkan lebih 15% kepelbagaian skrin besar. Selain itu pelanggan juga boleh mendapatkan paparan skrin dari teknologi terbaru iaitu UHD TV. Model skrin TV ditawarkan antara 70-100 set.

Di Courts juga terdapat sudut IT yang menawarkan variasi pilihan Notebook,  Permainan AMD, penawaran yang lebih banyak untuk aksesori IT, seperti jenama Logitech, ASUS router, sistem CCTV dan banyak lagi.

Untuk promosi Hari Raya ini Courts juga terkecuali menawarkan pelbagai promosi dan pakej menarik.

Antaranya seperti :-

Promosi melalui pembelian secara flexi-kredit.


Dengan pelbagai tawaran sampingan bersama dengan harga promosi yang ditawarkan.

Seperti di Courts Setapak, turut disedikan ruang istiherat buat pelanggan-pelanggannya. Terdapat meja dan kerusi dan juga "Vendor Water Machine", yang membolehkan pelanggan mendapatkan minuman kegemaran mereka.

Dan pastinya Courts mahu berikan yang terbaik buat pelanggan

Kita boleh lihat perbandingan tawaran yang ditawarkan oleh Courts dulu dan kini. Menarik dan berbaloi sangat. Perkhidmatan terbaik diberikan. harga murah sangat berpatutan, janji dapat memaksima kepuasan melanggan yang datang membeli :)

Dan ada berita baik untuk semua pelanggan Courts Megastore Setapak, Satu promosi sempena dengan pengubahsuaian Courts Setapak akan diadakan bermula pada 27 JUN 2015 sehingga 9 JULAI 2015.

Yang menariknya pada hari promosi ini, Courts Setapak menawarkan :-
 Diskaun tunai sehingga 95%
 2 bantal diberikan secara untuk 150 pelanggan pertama!
 Tawaran serendah harga RM1
 Promosi turut akan dimuat naik ke laman web:  www.courts.com.my

Dan pada hujung minggu ini 27 JUN & 28 JUN 2015 dan juga pada minggu hadapan 4 JULAI & 5 JULAI 2015. Pelbagai barangan terpilih dijual dalam kuantiti tertentu pada harga yang bermula serendah RM1.

Bagi 150 pertama pelanggan yang berkunjung Courts Setapak, berpeluang juga membawa balik 2 bantal setiap orang.

Antara barangan harga lelong yang boleh dinikmati oleh pelanggan (setiap pelanggan hanya satu barangan sahaja untuk setiap hari)



Terdapat juga kempen "Spot the sticker" bersama EraFM yang menawarkan pelbagai hadiah ditawarkan dari Courts yang bermula dari 15 JUN-10 JULAI 2015.  Sticker terhad ini boleh diperolehi samada dari Skuad Perodua Era (15-28 Jun 2015) atau dengan membeli barangan di Courts lebih daripada harga RM500. 

Ok, untuk info lanjut boleh layari laman sesawang ini ya! www.courts.com.my
Selamat Membeli-Belah!
Pelbagai Barangan dan PROMOSI Harga Bermula Dari RM1 di Courts Setapak Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 26, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.