iora S.A.L.E!!

Hari tu masa jejalan kat 1 Utama, terserempak (ececece) dengan jualan murah yang diadakan di ruang legar di salah satu One Utama (atas Guardian Old Wing). Mula2 takdelah rasa terminat nak tengok jualan ni. Sebabnya saya tak pernah dengarpun jenama ni pasaran... Tapi bila tengok ramai wanita di situ...tercabar jugak!!!!

Tu yang terjebak. Ceh...

Tapi rata-rata baju jualan di sini ini idakler sesuai dengan saya. Tapi saya suka melihat harga yang ditawarkan agak murah juga!

Ok, antara koleksi yang dijual murah dari label pakaian iora adalah seperti dibawah..jommmm cuci-cuci mata...



Harga dari RM10 sehingga RM39...
Selain daripada baju serta seluar terdapat juga aksesori seperti rantai, tali pinggang, gelang, beg tangan dan sebagainya

Hasil tangkapan saya secara tidak sengaja..
Membeli sambil rasa menyesal sebab terlalu boros pada bulan ni, hiks...
 Baju ini, harga asal RM179.90, dijual pada harga RM29...

 Slack hitam harga asal beratus juga, tapi dijual pada harga RM39...

 Klip rambut/brooch harga setiap satu RM3...
Chantek2...rambang mata saya memilihnya...

 Rantai panjang RM5..

 Gelang RM5...

 Belt RM5..

 Rantai panjang RM5

Cincin mintak penumbuk RM3....

Bolehlah kan harga yang ditawarkan...
Mampu milik jugakan...

pssst: Banyak juga saya berbelanja bulan ni...whyla whyla..tepuk-tepuk-tepuk dahi sambil menjeling dalam almari dengan perasaan hepi yang berbelah bagi...

Takpe, anggaplah berbelanja untuk diri itu satu terapi....
Demi kesejahteraan emosi, kihkihkih
iora S.A.L.E!! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 11, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.