Kejohanan Badminton Antarabangsa MBA Kali ke-8

Soroton video tentang Michael's Badminton Academy

Michael's Badminton Academy merupakan akademi yang banyak melahirkan pemain badminton yang berkaliber sehingga ke taraf profesional. Dengan matlamat untuk melahirkan lebih ramai pemain badminton pada masa depan. Pihak akademi telah menyediakan pelbagai jenis latihan bagi memenuhi keperluan pelajar mengikut peringkat umur dan tahap kemahiran yang mereka miliki. Selain daripada latihan intensif, pelajar juga akan didedahkan aktiviti-aktiviti yang boleh merangsangkan mental dan fizikal dalam bentuk latihan kecergasan dan taktikal.

Untuk pengetahuan semua Michael's Badminton Academy pertama telah mula beroperasi pada Februari 2002 dengan menyediakan 16 gelanggang tertutup badminton di Dewan Badminton MBA, Taman Megah Petaling Jaya Selangor. Dan pusat ini pernah diiktiraf sebagai pusat badminton milik persendirian yang terbesar di Malaysia. Sekaligus mendapat pengiktirafan sebagai Pusat Badminton Terbesar di Malaysia oleh Malaysia Book Of Records. Kejayaan ini telah membawa kepada pembukaan akademi badminton kedua di Bandar Puteri Puchong dua tahun kemudiannya (namun terpaksa ditutup atas sebab tidak dapat dielakkan). .

Dan kini MBA meluaskan cawangannya dengan membuka cawangan yang terbaru iaitu di Port Dickson. Yang mana acara pembukaannya telah berlangsung pada 12 March 2016 baru-baru ini. .

Ucapan kata-kata aluan dari Mr Ks Lee, anak kepada pemilik MBA iaitu Mr Michael Lee. Untuk pengetahuan semua Encik Lee Kok Choong, Pengarah Urusan untuk Michael's Badminton Academy.

“At MBA, badminton is more than just a sport. We help people discover and improve. We help educate and inform. We watched as friendships develop and families bond. This is why is a one-stop badminton solutions provider which includes a full-fledge training academy and MBA tournaments always include special categories for families,” 

"As one of the pioneers in the badminton industry in Malaysia, MBA’s vision is to be the hub of private badminton training and solutions at the international level, to produce world-class players. “We have held over 10 major international tournaments over the years, hosting close to 10 thousand players from around the world. Our training academy has trained almost 35,000 students via our junior development programmes and provided free training for underprivileged children via our Hope for Change badminton charity programme.” 

Encik Lee Kok Choong, Pengarah Urusan MBA.

Ucapan dari Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Dato' Abdul Khalid bin Mat. Antara kenyataan dari YDP yang suka saya nak kongsikan di sini ialah:-

"Moga pertandingan badminton yang dianjurkan oleh Michael's Badminton seperti ini, menjadikan Lukut Port Dickson sebagai tarikan kepada pelancong terutama pelancong dari negara-negara luar"

Selain daripada YDP, turut hadir dalam majlis perasmian MBA Port Dickson ialah Encik Ng Chin Chai, Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Encik Wu Jun Yan, President of the World Chinese Badminton Federation

Dan ini adalah Mr Michael Lee. Seorang lelaki yang mempunyai impian - untuk mewujudkan pusat badminton yang mana boleh membawa masyarakat bersama-sama  berkongsi cinta mereka terhadap sukan badminton.

Sepanjang acara pembukaan akademi terbaru dan juga perasmian kepada acara Michael's Badminton Academy Tournament 2016. Pihak MBA telah memberikan tanda penghargaan dan sumbangan kepada pihak tertentu sebagai salah satu tanggungjawab sosial akademi ini terhadap masyarakat setempat. Antaranya:-
Penghargaan kepada peserta-peserta badminton veteran dari dalam dan luar negara.

Sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Yatim Miskin Wawasan Port Dickson sebanyak RM5,000.

Sumbangan kepada Tabung Yaypi Port Dickson sebanyak RM5,000.

Selain daripada menyediakan latihan badminton buat pelajar, di Michael'ss Badminton Academy juga terdapat kedai yang diberi nama Shops Pro yang menjual pelbagai peralatan badminton dengan harga yang sangat berpatutan.

Terdapat juga kemudahan asas lain seperti tandas buat lelaki dan perempuan dan banyak lagi.

Sepertimana yang kita ketahui serentak dengan acara pembukaan akademi MBA baru, telah berlangsungnya juga Kejohanan Badminton Antarabangsa MBA Kali ke-8 bermula dari 11 - 13 March 2016. Pertandingan badminton terbuka ini telah menarik minat penyertaaan seramai 450 peserta dari pelbagai negara termasuklah China, Laos, Taiwan, USA, Singapura,Thailand. Indonesia, Myanmar dan Malaysia sendiri,

Sebanyak 25 kategori telah dipertandingkan di kejohanan ini. Dan pemenang juga bakal menerima hadiah-hadiah menarik yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Hanya beberapa aksi perlawanan sempat saya rakamkan. dan tidak dinafikan rata-rata persembahan permain memang dasyat dan terbaik!

Kategori Men Doubles Open

Kategori Boy Doubles

Kategori Women Single Open

Kategori Man Single Open



Sedikit sedutan pertarungan semi final untuk Kategori Single Junior


Saya telah menyertai kategori Famili. Dan saya dan anak sempat bergambar sama dengan pasukan pihak lawan yang ternyata jauh lebih hebat dari saya. Hehe.

Antara aksi kami yang sempat dirakamkan.

Saya bersama Mr KS Lee bergambar kenangan.

Gambar pemenang-pemenang untuk semua kategori Kejohanan Badminton Antarabangsa MBA Kali ke-8. Untuk keputusan penuh boleh rujuk kepada pautan ini http://bit.ly/MBA8thJourneyDraw-V2

Secara keseluruhan, Malaysia mendahului dengan 11 pingat emas, diikuti oleh Indonesia dengan 5 pingat emas dan China, Taiwan dan Singapura masing-masing membawa pulang 3 pingat emas.

Apa yang pasti dengan falsafah Our Journey, pertandingan ini mencipta satu sejarah baru yang mana Michael's Badminton Academy secara konsistennya mampu menganjurkan secara berturut-turut setiap tahun acara pertandingan badminton peringkat antarabangsa yang melibatkan ramai peserta dari dalam dan luar negara. Sekaligus membuktikan permainan badminton ini adalah antara sukan yang digemari masyarakat dunia meliputi semua lapisan masyarakat tidak kira usia, bangsa dan jantina. Secara tidak langsung, dengan bersukan seperti badminton ini boleh merapatkan hubungan manusia melalui perasaan muhibah dan mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat.

Keterangan lanjut mengenai MBA, boleh klik ada pautan di bawah:-


#mba101badminton
#michaelsbadmintonacademy
#mbatournament
#mbaportdickson
#badmintontournament
#badminton
Kejohanan Badminton Antarabangsa MBA Kali ke-8 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 17, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.