Rekaan Jenama Zeeta Zarith | Selesa dan Anggun!

Zeeta Zarith satu label jenama busana dan tudung yang bakal  mewarnai dunia hijabista tanahair. Dilhamkan oleh Puan Zaiti Noordin (tengah), yang mana telah banyak menghasilkan rekaan fesyen untuk beberapa butik dari dulu sehingga kini. Dan untuk tahun 2016, Puan Zaiti Noordin telah kembali mewarnai dunia fesyen hijabista tanahair dengan tema ''Çomeback with World Fashion" dibawah jenama Zeeta Zarith. Rekaan fesyen kali ini turut berkalaborasi bersama Ínhouse Designer' dengan menampilkan 5 rekaan terbaru yang mempunyai ciri-ciri seperti ~selesa dan ringkas. serta elegan dan urban!

Bersempena dengan pengenalan koleksi terbaru, Zeeta Zarith telah menganjurkan pertunjukan fesyen "Semarak Cinta Runway Show" berkalaborasi bersama majalah Hijab dan RichNNE baru-baru ini. Apa yang menarik selain daripada dapat melihat sendiri 5 koleksi terbaru diperagakan, kami juga dihiburkan dengan persembahan penyanyi berbakat ini. Sedap giler suara dier :p


Antara koleksi terkini dari Zeeta Zarith :)

1. ZARITH AMANI






Seperti baju kurung moden, namun saya paling suka dari segi potongan tepi baju yang nampak lebih loose. Secara tidak langsung boleh memberi keselesaan kepada si pemakai. Gabungan dengan kain bercorak batik tradisi menyerlahkan lagi penampilan si pemakai. Dan busana ini sangat sesuai untuk dipakai ke tempat kerja, acara formal dan santai.


2. ZARITH HANNA




Jubah moden dengan rekaan lipatan di depan, bagi saya ianya memudahkan lagi gerakan si pemakai. Tidak terlalu mengikut potongan badan tetapi bila memakainya tetap terletak kemas. Jubah moden ini tiada bercorak, warna yang ditawarkan semuanya agak terang dan garang. Jadi pemakai boleh tampil samada dengan menggayakan tudung warna kontra dan terang (konsep color block) ataupun jubah ini dipadankan bersama tudung berwarna yang seakan jubah tetapi pemilihan warna haruslah lebih lembut.

3. ZARITH ZARA



Bagi saya rekaan ini  "win''  di mata saya. Saya suka rekaan baju dan skirt (kain labuh), kelihatan seperti baju kurung moden tetapi sebenarnya ianya juga seperti menyarung skirt dan blouse. Uniknya terletak pada rekaan baju, yang mempunyai 2 pola lapisan, nampak begitu esklusif dan unik. Bersama dengan rekaan Zarith Zara mampu memberikan kita lebih gaya terutama jika menggayakannya di acara-acara korporat.

4. ZARITH SOFEA



Ini adalah signature design Zeeta Zarith. Keunikkannya terletak pada rekaan dari pinggang hingga ke bawah. Apa yang menarik rekaan ini bukan sahaja sesuai untuk mereka yang bertubuh kecil dan sederhana, bahkan ianya juga sesuai untuk mereka yang berbadan gempal. Saya sendiri jatuh cinta dengan koleksi ini, yang ternyata mempunyai sentuhan cukup peribadi dan unik dengan gaya tersendiri.

5. KOLEKSI ZARITH YANG LAIN
Apa yang pasti rekaan Zeeta Zarith ini memenuhi citarasa semua wanita di Malaysia, baik dari segi rekaan mahupun potongan.


Keminculan Anis Al-Idrus di Majlis Semarak Cinta ini memeriahkan suasana. Apatah lagi Anis turut menggayakan rekaan khas untuknya dari Zeeta Zarith.

Kenalkan Puan Zaiti Nordin pengasas label Zeeta Zarith.


Puan Zaiti bersama Inhouse Designer dan 25 model yang menjayakan projek Semarak Cinta Runway Show.

SELESA | ELEGAN | URBAN

Untuk pembelian dan tempahan, uolls boleh layari:-
Insta : @zeetazarith
Rekaan Jenama Zeeta Zarith | Selesa dan Anggun! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 30, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.