Review : Kungfu Panda 3, Dan Jangan Lupakan Sertai Permainan Apps Grabies

Berkesempatan menonton Kungfu Panda 3 sememangnya tidak saya lepaskan. Apatah lagi ini merupakan filem sekuel yang tidak pernah saya missed menontonnya. Apa yang pasti filem animasi Kungfu Panda tidak pernah mengecewakan dari segi jalan cerita, garafik dan persembahan keseluruhan. Memang puas hati.

Masih mengekalkan kisah 6 sahabat pahlawan ini, yang bersama-sama cuba memperbaiki diri, mempelajari ilmu kungfu terbaru dan juga penjaga lembah yang diduduki. Sehinggalah satu hari Po telah diamanahkan untuk memikul satu tanggungjawab besar dan berat.

Keadaan bertambah kecoh apabila Po bertemu semula dengan ayah kandungnya.

Dan ini menyebabkan konflik cemburu ayah angkatnya yang begitu menyayanginya. Pelbagai aksi lucu terutama dari segi lontaran dialog yang agak bersahaja dan terselit juga elemen kasih-sayang antara keluarga.

Watak Kai (antigonis) yang pada asalnya sangat menggerunkan. Ingin menakluki dunia kungfu dengan misi mendapatkan ilmu kungfu CHI dari Po.

Po dan puak pandanya bersama Tigres, harus berhadapan bukan sahaja ancaman dari Kai bahkan dengan semua pengamal kungfu yang telah ditukarkan kepada jombie jed (berwarna hijau) ~~ dirasuk untuk menurut semua perintah Kai.

Kungfu panda tidak pernah mengakhiri cerita tanpa nilai-nilai murni yang ingin ditonjolkan dalam penceritaan. Bagaimana kita akan melihat bagaimana Po yang sanggup mengorbankan dirinya demi kesejahteraan puak-puaknya. Dan bagaimana Po boleh belajar sesuatu yang baru iaitu sentiasa percaya pada kebolehan diri sendiri.


Pelbagai karektor baru dan menarik yang menjadikan jalan cerita Kungfu Panda terbaru ini lebih kelakar!

Klasifikasi: Umum
Edaran: 20th Century Fox
Genre: Animasi / Aksi / Komedi
Pengarah: Jennifer Yuh
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 10 Mac 2016
Tempoh: 1 jam 35 minit
Pelakon: Jack Black, Dustin Hoffman, David Cross, James Hong, Angelina Jolie, Seth Rogen
Oh ya nak beritahu kat uolls semua. bersempena dengan penayangan Kungfu Panda 3 ini, Grabies ada menganjurkan Kempen Kung Fu Panda 3’s Personality Quiz (PLAY, SHARE & WIN).
Apa yang perlu dilakukan, hanya muat turun aplikasi Grabies ke telefon pintar anda.
 Jawab soalan kuiz yang diberikan.

Dan kita akan dapat lihat personaliti yang dimiliki oleh kita bersamaan dengan karektor yang mana dalam Kungfu Panda 3.

Kongsikan di FB dan jangan lupa untuk sertakan hashtag #grabies

Menarik bukan?

Jom sertai permainan apps dari Grabies!

#grabies
#seeties
Review : Kungfu Panda 3, Dan Jangan Lupakan Sertai Permainan Apps Grabies Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 16, 2016 Rating: 5

4 comments:

  1. tisya pn dh ajak juga tgk cie kungfu panda 3...cite boboiboy pn die nk tgk...mujur la ada tiket free menang contest...tgk la camne nanti hehe

    ReplyDelete
  2. mt- bestkungfu panda ni...gambar cantik jalan cerita pun menarik :)

    ReplyDelete
  3. kalaulah kat kelantan ada cinema, mmg pergi tengok cerita ni kot.. hehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.