Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 di Mydin USJ

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 bertempat di Mydin 2016 sememangnya dianjurkan hampir saban setiap tahun bagi berkongsi kegirangan syawal bersama komuniti setempat khususnya kepada para pelanggan setiap Mydin.

Majlis seperti ini mampu mengeratkan hubungan silaturrahim, memupuk semangat kekitaan dan menzahirkan rasa muafakat dalam kalangan masyarakat multinasional. Rumah terbuka ini turut diserikan dengan kehadiran 30 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong Selangor.

Majlis yang dihoskan oleh Nor Azzura dan Riena Hasim (pengacara program Wanita Hari Ini) sememangnya meriah. Apatah lagi dengan kehadiran beberapa selebriti undangan seperti Tia Jimbara, Jimmy Screen, Nadia AF, Wani Mentor dan Lan Kristal.

Penampilan maskot-maskot penajada dan juga badut, serta dj-dj dari radio  Suria.fm, im4u dan banyak lagi.

Bagi pelanggan yang berbelanja RM80 dan ke atas, boleh juga menyertai acara cabutan bertuah yang berlangsung sepanjang acara. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan termasuklah televisyen Sharp LED 50', peti ais jenama Sharp,  Sharp LED 50', mesin basuh Sharp 7kg dan pelbagai lagi hadiah hebat lain.

Terdapat 20 gerai yang dibuka menawarkan makanan dan minuman secara percuma kepada para pengunjung bersempena dengan Majlis Terbuka yang diadakan. Daripada menu hidangan raya sehinggalah kepada juadah sejuk beku yang istimewa khas buat semua pengunjung yang bersama-sama mengimarahkan majlis anjuran Mydin ini.

Antara pengunjung yang bertuah--Cik Zarina Ismail dengan hadiah hamper dari Karangkraf :-)

Ternyata sambutan yang diadakan oleh pihak Mydin mampu mengeratkan ukhwah sesama masyarakat Malaysia dan sama-sama berkongsi keseronokannya meraikan perayaan Hari Raya!
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 di Mydin USJ Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 31, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.