8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8

Walawehhh !!!!!!!!!

Sesuatu yang memang sangat saya nantikan selama ini. Iaitu kemunculan telefon pintar edisi terbaru dari Huawei. Telefon pintar yang lebih kompak, penuh gaya dengan dilengkapi dengan teknologi terkini sememangnya menjadi dambaan peminat-peminat gadget di serata dunia.



Bagi saya sendiri ada 8 sebab kenapa saya perlukan Honor 8 dalam hidup saya :=)

1. Saya seorang yang praktikal, mudah dan ringkas
Seorang yang ringkas dalam apa juga gaya. Saya memang pastikan segala barang yang sering dibawa ke mana sahaja itu mudah dan ringgan. Ini kerana saya meletakkan semua barang saya dalam satu beg tangan yang besarnya agak sederhana. Dengan berat telefon pintar Honor 8 hanya memiliki 153 gram sahaja, ianya diumpama berat sebiji epal (yang normal saiz) anggaran bersaiz 150gm - 165 gm. Kecil dan ringan hokeh!



2. Saya kaki bergambar, suka selfie dan sangat suka merakam setiap momen anak-anak saya.


Tidak dinafikan bukan saya seorang sahaja yang suka mengambil gambar. Dengan teknologi terbaik dari telefon pintar tidak sukar untuk kita dapatkan hasil foto yang menarik. Apatah lagi Honor 8 menawarkan dual kamera yang mempunyai resolusi terbaik. Untuk gambar dari depan resolusinya 8MP manakala untuk kamera belakang dengan gabungan lensa monokrom dengan resolusi 12MP. Jadi gambar-gambar untuk diambil secara selfie (terutama wide selfie), memang Honor 8 antara pilihan yang tepat. Cuba bayangkan kualiti gambar dalam 'Çrystal Clear'  boleh berada dalam keadaan sangat jelas lebih jelas dan terang samada berada didalam 'potrait mode' mahupun 'low light'.

3. Saya  seorang media influencer

Bukan sahaja seorang kaki selfie dimana-mana, tetapi saya juga seorang yang bukan anti-sosial. Pantang sahaja punyai masa 'free' saya pasti akan membuka laman facebook ataupun kemaskini status bergambar di instagram. Sebab itu saya sangat perlukan kelajuan Internet 4G dan mudah mendapat talian internet di mana sahaja saya berada. Dan Honor 8 memiliki keupayaan itu,

Selain itu dengan Honor 8 menawarkan 2 saiz storan iaitu 32GB dan 64GB. Bagi saya saiz ini agak besar untuk sebuah telefon pintar yang serba boleh. Harga yang ditawarkan bersempena dengan MY Cybersale di LAZADA adalah seperti berikut:-

PRODUKHARGA JUALAN
Honor 8 32GB (Black) FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM326)1699
Honor 8 32GB (White) FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM326)1699
Honor 8 64GB (Blue) FREE Honor Power Bank +Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM575)1899
Honor 8 64GB (Gold) FREE Honor Power Bank +Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM575)1899


4. Saya seorang profesional yang perlu membahagikan tanggungjawab seorang isteri/ibu dan juga pekerja

Honor 8 mempunyai slot MikroSD bersaiz sehingga 256GB yang juga berkongsi dengan 2 slot sim bersaiz nano. Secara tidak lansung membolehkan saya bertindak sebagai 'multi-tasking mom and worker' dalam satu masa. Memiliki 2 nombor telefon samada dari ISP yang sama atau berbeza memudahkan untuk kita berurusan harian. Jadi tidak perlulah untuk kita memiliki sehingga dua biji telefon semata untuk menggunakan 2 nombor telefon yang berbeza. Serius best bukan!



5. Saya seorang 'kaki game'

Gambar resolusi yang hebat bertambah gempak apabila telefon pintar ini juga memiliki prosessor dan RAM yang terbaik.


Tambahan dengan ciri-ciri seperti HiSilicon Kirin 950 chipset octa-core CPU (4xCortex-A72 @ 2.3GHz plus 4xCortex-A53 pada saiz 1.8GHz, Mali-T880 MP4 GPU, manakala saiz RAM adalah 4GB mampu memberi kelajuan yang hebat tanpa masalah seperti 'lapse'. Bayangkan jika kita main game begitu lancar secara ónline'ataupun óffline', memang puas hati. Laju berdesup, nak 'score'markah pun senang :=p

Selain itu, Honor 8 juga memiliki ciri 'eye-care mode' yang boleh mengelakkan dan mengurangkan risiko pengguna berhadapan dengan 'eye strain' atau sakit mata apabila melihat skrin telefon terlalu lama.

6. Saya seorang yang sangat pentingkan masa

Sekalipun mempunyai kehebatan ciri-ciri spesifikasi canggih di sebuah telefon tetapi bateri tidak tahan lama, bagi saya tetap tidak berbaloi. Apatah lagi kita mengunakan Internet 4G pastinya boleh mempercepatkan kehabisan bateri. Dengan kuasa bateri 3000mAh dengan spesifikasi Smart Power 4.0 membolehkan penggunaan yang lama serta  pengecasan bateri yang sangat pantas. Cuba bayangkan dalam masa 30 minit, telefon anda sudah dicas hampir 47% kuasa.


Bahkan katalah kita tidak sempat untuk cas terlalu lama, Dalam hanya masa 10 minit cas sahaja, kita sudah boleh menggunakan telefon itu untuk membuat panggilan dan sebagainya dalam masa 2 jam ataupun memainkan lagu-lagu secara offline selama 6 jam. Fuyooohhh.

7. Saya sukakan produk yang úser-friendly'

Honor 8 dilengkapi dengan skrin sesentuh (touch screen) bersaiz 5.2"  inci dengan resolusi pixel 1080 x 1920 pada 423PPI pixel per-inci. Menggunakan Android 6.0 Marshmallow, Huawei EMUI v4.1, mempunyai ciri 'finger print scanner' memudahkan untuk membuka apps dengan cepat. Nah! Ini merupakan siri Android yang terkini dan mempunyai pelbagai kelebihan.


Selain itu, Honor 8 juga mempunyai fungsi 'Smart Control' yang membolehkan kita menggunakan telefon pintar ini dengan pelbagai fungsi kawalan. Antaranya seperti untuk mengawal suis dan fungsi televisyen, hawa pendingin dan banyak lagi. Dan ianya disokong lebih dari 5,000 jenama antarabangsa.



8. Saya sukakan barangan yang ada gaya dan stylo!

Saiznya yang tidak terlalu besar dan kecil memang kena dengan citarasa saya. Dengan saiznya 145.50 x 71.00 x 7.45 (tinggi x lebar x ketebalan), muat dimasukkan ke kocek seluar, mahupun diletakkan di zip tepi dalam beg tangan yang sederhana besar.




Pilihan warna menarik seperti hitam, putih, biru dan emas (mengikut saiz storage), memberikan saya satu kelebihan untuk memilih gaya warna yang digemari.

Selain itu terdapat beberapa spesifikasi yang hadir bersama Honor 8 ini pasti memberikan kepuasan penggunanya. Antaranya seperti  LTE (300/50Mbps); dual-band Wi-Fi a/b/g/n/ac, Wi-Fi hotspot, Wi-Fi Direct; Bluetooth 4.2 LE; NFC; GPS/GLONASS/Beidou; USB Type-C.

Dengan harga bermula dari RM1699 sehingga RM1899, didatangkan pula dengan spesifikasi istimewa yang hebat menjadi telefon pintar keluaran Huawei Honor 8 ini benar-benar berbaloi untuk dimiliki oleh semua pengguna.

Dan jangan kalau uolls berminat, bolehlah mendapatkan Honor 8 ini pada harga yang cukup istimewa, boleh rujuk pada poster di atas di LAZADA. Dan KLIK poster di atas untuk mendapatkan direct pautan ke laman web berkenaan :=)


  
Dan ada berita baik untuk anda semua. Bermula dari 26-30 September 2016, LAZADA telah mengadakan MY Cybersale  dengan menawarkan pelbagai barangan gadget yang harga mampu milik dan berpatutan. Contohnya telefon pintar Honor 8!

8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 26, 2016 Rating: 5

5 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.