Dah Semak Skor CTOS Anda Belum? Saya Sudah!

Sebenarnya dah lama saya nak tahu mengenai peranan CTOS yang katanya sebagai Agensi Pelapor Kredit yang mampu memberi nasihat kepada orang awam (individu), syarikat, firma guaman, perniagaan dan badan-badan negeri dan berkanun terutama dalam membuat pengurusan kewangan mereka.

Terkini CTOS telah melancarkan kempen "Berapakan Skor CTOS Anda?", yang bertujuan untk mengubah set minda dan sikap warga Malaysia terhadap pengurusan kredit dan kewangan mereka. Ini kerana didapati rakyat Malaysia selalu mendapatkan kemudahan kredit terutamanya pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman peribadi, pinjaman kad kredit, pinjaman pelajaran dan pelbagai lagi. Dan didapati memang ada setengah masyarakat memilih jalan untuk berhutang dalam melangsaikan masalah kewangan yang perlu mereka tempuhi. Terutama bagi golongan muda, mereka masih mentah dan kurang arif dalam selok belok pengurusan kewangan dan sering tersilap langkah dalam membuat pilihan dalam pengurusan kewangan. Contohnya dalam membuat pinjaman peribadi dan kad kredit pada kos yang tinggi, secara tidak langsung mereka boleh terjebak dengan kitaran hutang yang kurang sihat.


Begitu juga sekiranya kita ada syarikat dan nak membuat pinjaman (untuk besarkan syarikat dsbnya), melalui laporan dari CTOS kita akan lihat sendiri berapa peratusan kebolehan kita untuk membuat pinjaman. Kita juga boleh melihat sendiri, butiran pinjaman lain yang telah dibuat contoh pinjaman perumahan dan kenderaan, baki hutang, jika ada penangguhan pembayaran, dan juga sekiranya kita ada terlibat sebagai penjamin dan banyak lagi.


Bersempena dengan kempen ini, CTOS telah memberikan 100,000 penyata Laporan Skor MyCTOS yang bernilai RM25 secara PERCUMA. Setiap laporan  akan didatangkan dengan segala butiran mengenai pengesah-sahihan identiti, pemberitahuan perniagaan terlibat (jika ada), pembayaran balik kredit (jika ada), tindakan undang-undang (jika ada), status kes (seperti muflis sejak 24 bulan yang lain) dan pelbagai lagi.

Apa yang perlu dibuat, pengguna hanya perlulah mendaftar melalui salah satu cara dibawah:-
1. Pendaftaran melalui apps (iPhone dan android)
2. Pendaftaran secara talian - http://ctosid.ctos.com.my
3. Biometric scanning
4. Pendaftaran secara manual - isi form

Dan saya telah mendaftar menggunakan cara biometric scan di kaunter siri jelajah kempen CTOS baru-baru ini. Serious! Mudah giler. Letak sahaja ibu jari anda dan kad pengenalan, nah  terus penyata Laporan Skor MyCTOS saya dapat dikeluarkan!

Jeng..jeng,,,,
Jadi saya dapat melihat sendiri sekiranya ada baki hutang. Dan jika saya masih ada sangkut dengan mana-mana pembiayaan yang tertangguh dan macam-macam lagi. So far so good, hiks!

Ni adalah rumusan keseluruhan skor ya! Jika kita mencapai skor yang tinggi iaitu menghampiri 850, ini bermakna pengurusan kewangan kita adalah terbaik setakat ini. Tetapi jika ianya bawah skor 528, maka kita perlu mengambil langkah lebih efektif dan bijak dalam menguruskan kewangan hidup.

"Memahami pengurusan kredit adalah salah satu perkara asas dalam kecelikan kewangan, dan hal ini wajib dipupuk tanpa mengira umur, jantina, pendidikan atau pendapatan. Proses ini bermula dengan mendapatkan skor kredit yang menilai kebolehpercayaan individu itu dari segi menunaikan obligasi hutang dan pembayaran"
Mr Eric Chin, Ketua Pegawai CTOS Data System Sdn Bhd

Sempena pelancaran kempen ini juga, CTOS turut memperkenalkan rakan industrinya yang pertama iaitu Alliance Bank Malaysia Berhad. Dan bagi pengguna yang layak memperolehi Skor CTOS yang baik pada Laporan Skor MyCTOS mereka layak menikmati:-

  • Kadar Deposit Tetap/Kadar Deposit Bertempoh-i yang lebih baik iaitu 3.70% setahun bagi perletakan 3 bulan (amaun deposit minimum RM25,000) dengan Alliance Bank.
  • Kadar daripada serendah 4.99% rata stahun dengan Pinjaman Peribadi CashFirst Alliance.
  • Sehingga RM200 Baucer Tunai apabila pelanggan membelanjakan sekurang-kurangnya tiga kali (segingga RM1,600) bagi Ahli Kad Kredit Alliance Bank baru.
  • 0% Pindahan Baki bagi pelan sehinggan 12 bulan dengan amaun pindahan minimum RM3,000

Menarik bukan?



Paling penting, dapatkan penyata Laporan Skor MyCTOS terebih dahulu ya!

Keterangan lanjut boleh layari www.ctoscredit.com.my

#ctosscore
Dah Semak Skor CTOS Anda Belum? Saya Sudah! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 03, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.