Dream Car Expo 2017 di Mid Valley!

Helllllloooo....
Berkesempatan menghadiri "Dream Car Expo", satu expo terbesar yang diadakan didalam bangunan Mid Valley memang mengujakan anak-anak saya. Expo anjuran Golden Land Expo (M) Sdn Bhd,   ini merupakan platform bagi pemasaran buat pengeluar dan penjual kereta bahkan peminat kereta juga pasti akan teruja apabila dapat melihat secara dekat pelbagai jenis rekaan kereta berteknologi baru, barangan gantian kereta dan sebagainya.
 
Ada pelbagai jenis kenderaan kereta dan motorsikal berkuasa besar yang dipamerkan. Yang lebih menarik, terdapat pelbagai promosi yang ditawarkan terutama buat mereka yang sedang mencari kenderaan baru idaman.

Kereta canggih, hiks. Mungkin kelainan pada pintu kereta dan rekaannya memang sporty habis!


Antara kereta-kereta yang menjadi pilihan anak-anak saya ketika berada di sana seperti:-

Warna kuning memang menjadi kegemaran my Ameer :=]

Bersama model kereta yang hot!!






Memangh sangat esklusif bukan? Memang beria sakan anak-anak saya bergambar di sini, hiks.

Katanya kalis peluru?  

Selain kereta terdapat juga pameran motorsikal, basikal dan lain-lain. Namun di Dream Car Expo ini sebenarnya banyak menampilkan kereta berbanding dengan kenderaan yang lain. 

Terdapat juga barangan alatan gantian yang ditawarkan di sini. Dengan harga promosi yang ditawarkan memang berbaloi bagi mereka yang sedang mencari alatan gantian. Kebanyakan jenama yang terlibat memang tidak kurang hebat dan semestinya cukup popular dikalangan peminat kereta.

Salah satu jenama produk minyak hitam yang menjadi tumpuan pengunjung pesta.

Jika kita hendak mencantikkan kenderaan, boleh dapatkan pakejnya di booth tertentu di Dream Car Expo. Siap ada demonstrasi cara mengilat dan menghilangkan kesan calar di kenderaan.

Selain daripada melihat kepada produk yang ditawarkan, pengunjung juga boleh mendapatkan info menarik berkenaan penjagaan kenderaan dan sebagainya,

Terdapat juga booth yang menjual keereta mainan yang sememangnya menarik minat si kecil yang meminati kereta canggih!

Pelbagai aktiviti disediakan di Dream Car Expo. Antaranya acara bermain kereta kawalan jauh. Anak-anak pasti seronok dan akan berada lama di booth ini :p

Pengunjung yang datang membeli juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah yang ditawarkan merupakan telefon pintar. Jadi sambil berbelanja bolehlah mencuba nasib, jika ada rezeki boleh dapat hadiah lagi.

Terdapat juga servis mencetak gambar di sini secara PERCUMA. Cuma hanya sekeping sahaja untuk setiap telefon ya!

Oh ya! Sebelum masuk ke Dream Car Expo kita perlu mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran di hadapan pintu depan. Sekeping kad perlu kita dapatkan 5 cop dari pit stop dengan melakukan aktiviti mudah. Cukup 5 cop dari pit stop, seterusnya kita boleh tukarkan dengan cenderahati yang disediakan oleh pihak penganjur. Memang menarik.

My Afiq yang teruja untuk menyertai aktiviti di seteiap pit stop :p

Ini antara yang paling menarik, main hot wheels...

Untuk keterangan lanjut mengenai expo, boleh layari https://www.facebook.com/dreamcarexpo/

xoxo;
Dream Car Expo 2017 di Mid Valley! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 14, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.