VITAGEN Raikan 40 Tahun Menjuarai Penjagaan Sistem Penghadaman

VITAGEN, minuman susu kultur pertama dan No. 1 di Malaysia yang telah berkembang bersama-sama beberapa generasi di negara ini memulakan sambutan ulang tahun ke-40 mereka menerusi kempen ‘A Better Gut Begins with VITAGEN’ (Sistem penghadaman yang lebih baik bermula dengan VITAGEN). Kempen itu merupakan lanjutan daripada inisiatif VITAGEN untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan penghadaman.

Selaku peneraju industri dan penyokong penjagaan sistem penghadaman, jenama minuman susu kultur ikonik itu telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia selama 40 tahun. VITAGEN mengandungi berbilion-bilion bakteria baik di dalam kultur Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei yang hidup dan aktif.  Formulasi itu membantu penyerapan nutrien daripada makanan dan merangsang sistem imunisasi yang lebih kuat. Apabila diambil, ia membantu menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya, seterusnya mengurangkan risiko gangguan usus untuk kesihatan penghadaman yang optimum.

Kesihatan sistem penghadaman yang baik dilihat semakin penting memandangkan rakyat Malaysia kini berdepan dengan masalah kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup tidak aktif, tekanan dan peningkatan pengambilan makanan segera yang mungkin mengandungi rendah serat dan kurang bakteria baik.

Kajian menunjukkan bahawa kesihatan sistem penghadaman berkait rapat dengan obesiti. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai populasi paling gemuk di rantau ini.  Jumlah golongan dewasa yang mempunyai berat berlebihan meningkat sebanyak 30%. Sementara rakyat Malaysia yang obes mewakili sehingga 17.7% populasi keseluruhannya. Kombinasi ini bermakna hampir separuh daripada populasi negara kini sama ada mempunyai berat berlebihan atau obes.

Penyakit melibatkan sistem penghadaman atau usus disenaraikan di antara 10 sebab utama seseorang dimasukkan ke hospital (9.14%) dan kematian (3.81%) di hospital-hospital swasta. Kanser kolorektum pula disenarai sebagai kanser paling biasa dalam kalangan rakyat Malaysiadengan 12.1%.

Banyak penyakit seperti tekanan yang kelihatan seperti tiada kaitan dengan sistem penghadaman manusia, sebenarnya disebabkan oleh masalah usus. Memahami bagaimana usus berfungsi dan menjaganya adalah penting untuk kesejahteraan hidup secara keseluruhannya.

VITAGEN menggiatkan usahanya untuk mempromosikan kesihatan sistem penghadaman yang baik kepada rakyat Malaysia menerusi kempen-kempen dan aktiviti yang berterusan. Inisiatif itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan sistem penghadaman yang baik serta membentuk gaya hidup sihat.

Jenama itu juga memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang mempunyai diet dan kesihatan spesifik melalui varian kurang gula serta kolagen. Baru-baru ini, varian VITAGEN Less Sugar dianugerahkan logo Pilihan Lebih Sihat daripada Kementerian Kesihatan.

Pengurus Besar VITAGENPoh Eng Lip berkata “Rakyat Malaysia perlu hidup dengan lebih sihat. Tahun ini, kami melaksanakan beberapa strategi dan pendekatan berbeza kerana pendekatan tradisional seperti ‘jangan buat itu atau ini kerana ia tidak baik untuk anda’ tidak lagi berkesan ke atas generasi muda.”

VITAGEN telah menjuarai penjagaan sistem penghadaman sejak 40 tahun lalu melalui program sekolahnya yang popular, serta kerjasama dengan Persatuan Kesihatan Penghadaman Malaysia (DHM) dan Persatuan Pemakanan Malaysia, di samping menaja pelbagai acara sukan, hiburan dan banyak lagi.

Kempen VITAGEN sempena ulang tahun ke-40 jelas menunjukkan hubungan positif di antara kesihatan sistem penghadaman yang baik dengan kesihatan keseluruhan menerusi tiga aspek penting iaitu tahap imunisasi lebih baik, fikiran semakin jelas / kepekaan mental yang lebih tajam dan mood yang lebih seimbang.  

Ketika berkongsi tentang rancangan VITAGEN untuk menjadikan kempen kesihatan sistem penghadaman lebih menarik buat rakyat Malaysia dan selari dengan kempen ulang tahun ke-40 VITAGEN, Poh memberitahu, “Kami telah mengatur pelbagai rancangan yang menarik untuk VITAGEN tahun ini. Acara dan aktiviti yang kami laksanakan disokong oleh penyelidikan yang mengesahkan bahawa kesihatan sistem penghadaman dapat menambah baik kesihatan secara keseluruhannya.

“Untuk berhubung dengan generasi muda pada era digital ini, VITAGEN kini beralih kepada strategi yang menerapkan lebih unsur multimedia interaktif yang akan dibawa menjelajahi ke seluruh negara bersama aktiviti-aktiviti yang akan mengajak orang ramai untuk meneroka sistem penghadaman manusia. Sebagai pakar kesihatan sistem penghadaman, VITAGEN percaya kesihatan yang baik bermula dari dalam,” jelas Poh.


Untuk maklumat lanjut mengenai VITAGEN dan kempen “A Better Gut Begins with VITAGEN”, sila layari laman web: https://www.facebook.com/VITAGENMalaysia, atau www.vitagen.com.my.
VITAGEN Raikan 40 Tahun Menjuarai Penjagaan Sistem Penghadaman Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 06, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.