Viva La Vita!!

Berinspirasikan wanita penuh keyakinan menghadapi hidupnya dengan keberanian dan keindahan, Avon telah memperkenalkan haruman feminin terbarunya iaitu Viva La Vita de Parfum. Wangian hebat ini mampu mengungkap kemeriahan serta keriangan jiwa sesorang wanita. 

Dihasilkan daripada bauan epal pink lady yang segar dan meriangkan, disusuli dengan bauan buah mandarin yang membebaskan perasaan. Untuk nota tengah, keharuman daripata pati mimosa yang mewah serta mengujakan serta wangian magnolia merah jambu yang memberikan sentuhan lembut memukau dan mempersonakan. 

Manakala kayu cendana menyerlahkan lagi dasar haruman ini, dilengkapi dengan kekacang vanila yang manis serta kayuan Kashmir yang mampu memberi kehangatan yang lebih lama.


Perkenalkan 2 pencipta wangian hebat Viva La Vita iaitu Elisa Benat dan Harry Fremont. Mereka sememangnya pakar dalam menghasilkan wangian terbaik dan bermutu tinggi.

Manurut Kasia Ostrowska Ketua Bahagian Pemasaran Avon Malaysia, "Haruman Viva La vita EDP ini mencerminkan keberanian dan kebebasan dalam melakukan setiap perkara yang dapat memberi kegembiraan kepada anda serta perasaan hebat disaat menikmati setiap detik indah dalam hidup. Sentuhan bungaan danbuah-buahan yang menghangat jiwa ini merupakan ungkapan sebenar seorang wanita masa kini".

Di majlis pelancaran juga, Avon juga telah memperkenalkan wajah Viva La Vita,  iaitu Nelydia Senrose. ISifat optimis pelakon muda dan jelita ini bertepatan dengan aspirasi Viva La vita itu sendiri. Sekaligus ianya juga bakal emberi inspirasi kepada bakal-bakal pengguna haruman terbaru dari Avon ini.

Saya sendiri begitu gemarkan bauan dari Viva La Vita, tidak hairanlah bunga magnolia antara bunga yang menjadi feveret dari dulu sehingga sekarang. bauan yang cukup menenangkan untuk gaya hidup saya yang aktif.

Di majlis pelancaran tersebut saya juga berkesempatan untuk mencipta haruman peribadi. Yang mana saya hanya perlu membuat campuran atau kombinasikan 3 pati utama untuk menghasilkan haruman yang cukup secocok dengan jiwa saya. Memang seronok!

Kenalkan duta terbaru Avon iaitu Nelly bersama wakil pengurusan Avon Malaysia.

Bergambar kenangan bersama Nelly :-) Ok guys jangan lupa dapatkan haruman Viva La Vita yang akan mula diperkenalkan di pasaran pada bulan Oktober 2017 nanti pada harga RM95 (WM) dan RM109.30 (EM). Dapatkannya di www.avon.my ataupun hubungi wakil Avon yang terdekat dengan anda!

Viva La Vita!! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 12, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.