Naturals By Watsons Mendedahkan Rahsia Kecantikan Semulajadi


Sememangnya memelihara kecantikan dengan menggunakan bahan semulajadi memang diakui memberi impak yang positif untuk jangka masa yang panjang. Apatah lagi kandungan bahan-bahan semulajadi ini kaya dengan khasiatnya sendiri mampu memelihara kulit dengan cara yang selamat. Atas kesedaran itu, Watsons telah melancarkan semula produk terbaik mereka Naturals By Watsons dengan memperkenalkan lagi beberapa siri terbaru dalam rangkaian ini.



Dalam pelancaran semula produk Naturals By Watsons,  Caryn Loh, General Manager and Country Head of Watsons Malaysia, Danny Hoh Customer Director Watsons Malaysia, Foo Hwei Jiek Head of Trading Watson Malaysia, Rakan Selebriti Watsons, KOL (influencer) dan pengamal media.

 Apa yang menarik mengenai produk Naturals By Watsons ini ialah ianya telah diuji secara dermatologikal tidak mempunyai (bebas) paraben, tiada pewarna dan juga tidakmempunyai unsur 'isothiazolinone' (MIT, CMIT, BIT). Ini menjadikan produk ini sesuai untuk semua jenis kulit.


Siri Naturals By Watsons adalah seperti:-
Naturals By Watsons dari siri Argan ini memang terbaik bagi meremajakan kulit dan mencantikkan rambut. Menggunakan minyak organik argan dan ekstrak semuljadi biji argan yang diperakui dari Morocco sememangnya mampu membaik pulih rambut rosak serta antara agen dipercayai boleh memberi keremajaan kepada kulit.

 Naturals By Watsons Prestige Rose, yang mempunyai kelebihan pada kelembutan. Menggunakan Certified Organic Rose Water daripada Bulgaria, Morocco dan France mengabungkan elemen menenangkan (soothing), memberi rasa relaks dan berkhasiat. Manakala 'natural rose oil' daripada Bulgaria mampu memberi rasa aromatherapi bagi merehatkan minda dan mengurangkan stress.

Natural By Watsons Paw Paw mampu merawat dan memulihkan. Dihasilkan dari 'Certified Organic Paw Paw Leaf Infused Oil' mampu melegakan dan merawat terutama mereka yang mempunyai masalah kulit kering. "organic Paw Paw Extract' boleh melembutkan dan menjadikan kulit lebih sihat.

 The Naturals By Watsons Marula memberi kuasa dua kali ganda dari 'African Marula' yang menawarkan perlindungan terbaik terhadap kulit dan rambut. 'Certified Organic Marula Oil' ini adalah kaya dengan nutrien asas dan mampu memberikan perlindungan terbaik. Dengan 'Marula Butter' mempunyai kesan melembapkan, melembutkan dan mampu menyinarkan lagi rambut.

Naturals By Watsons Blood Orange memberi kesan pencerahan dua kali ganda melalui ekstrak 'Italian Blood Orange'. Dengan 'Certified Organic Blood Orange Extract' mampu melindungi kulit daripada faktor alam sekitar yang tidak sihat, manakala 'Organic Blood Orange Oil' mampu mengurangkan pigmentasi dan kesan penuaan. Bahkan memberi wajah tampil lebih muda.

Siri Naturals By Watsons Olive mempunyai elemen melembutkan yang dihasilkan dari 'Certified Organic Olive Oil' dan 'Natural Olive Fruit Extract' dari Itali. Kaya dengan vitamin dan mampu untuk melembutkan kulit dan rambut. Ekstrak dari buah Olive ini kaya dengan antioksida dan hydroxytyrosol yang mampu melindungi kulit dan memelihara kekuatan akar rambut.

Semua siri Naturals By Watsons ini boleh didapati secara esklusif di rangkaian Watsons di seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut atau pembelian secara online produk boleh layari  http://www.watsons.com.my/ 💖
Naturals By Watsons Mendedahkan Rahsia Kecantikan Semulajadi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 05, 2017 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.