Permainan WePlay, Kita Belajar Kita Bermain


Bermain adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Dengan bermain kita boleh merangsangkan otak si manja untuk lebih berfikir dengan kritis serta membantu pergerakan skil pemotoran badan seperti genggaman, tumpuan mata, respon , refleksi dan pelbagai lagi.

Jika kita perkenalkan si manja kita dengan aktiviti bermain yang baik dan menyihatkan secara tidak langsung memberi impak yang positif didalam diri mereka. Sesuai dengan  istilah yang sering dikongsi oleh pakar motivasi iaitu "They Are What They Play" :-)

Saya telah diperkenalkan dengan produk permainan WePlay (we play + we learn) yang direka secara universal bagi memenuhi keperluan khas permainan serta aktiviti buat anak-anak pra sekolah dan ianya juga sesuai dijadikan salah satu alatan permainan untuk sesiapa sahaja tidak kira umur dan jantina. Ini kerana rekaannya direka secara universal. Konsep WePlay itu sendiri sebenarnya memperkenalkan hubungan diantara permainan dan pembelajaran yang mana setiap keseronokan beraktiviti merupakan asas pembelajaran dan kejayaan anak di masa hadapan.

Sebenarnya terdapat banyak jenis permainan yang ditawarkan oleh WePlay, namun saya sempat menerokai beberapa jenis sahaja yang dipamerkan sepanjang bengkel berjalan. Antaranya seperti gambar dibawah:-






Boleh dikatakan hampir semua permainan WePlay menggunakan warna-warna yang ceria. Ianya salah satu cara pengujian persepsi visual. Sekaligus mereka yang bermain boleh menilai dan membuat perbezaan warna.


Antara aktiviti yang saya berpeluang menggunakan peralatan mainan dari WePlay ialah Tai Chi Ball. Apa yang menarik kita perlu membuat pergerakan taichi secara perlahan sambil memastikan bola digerakkan mengikut alur yang direka khas didalamnya. Di sini keseimbangan badan adalah penting, selain daripada mendidik hati untuk lebih bersabar dan bersikap tenang.

Saya suka untuk kongsikan tentang 5 perkara penting pembentukan pembangunan holistik didalam diri kita. Antaranya seperti:-
Creative Play Interaction
Balance co-ordination
Fine Motor Skills Improvement
Tactile Perception
Motor Skill Development

Semuanya ini saling berkait terutamanya hubungan dengan emosi, untuk menarik perhatian, mendapat pengiktirafan dan juga membina keyakinan diri. 

Antara aktiviti yang mana semua peserta bengkel yang hadir (ibubapa) perlu melakukan beberapa pergerakan badan mengikut tunjuk ajar  instruktor dari WePlay..

Saya juga difahamkan tentang konsep persepsi visual melalui penglihatan yang seterusnya memberi pemahaman. Contohnya boleh lihat disini :-

strange
string
strong

bed
bad
bod
bat

Secara visual kasar kita nampak sama, tetapi bunyi dan  pengertian (pemahaman) adalah berbeza.

Begitu juga pembelajaran (learning) visual, ianya semua sama tetapi menggunakan berlainan jenis tulisan. Contoh :-

A B C D E F G H I J K L M N
A B C D E F G H I J K L M N
A B C D E F G H I J K L M N
A B C D E F G H I J K L M N
A B C D E F G H I J K L M N


Nampak sama tetapi sebenarnya berbeza.

Begitu juga dengan konsep visual tracking. Yang mana ianya melatih pergerakan motor tangan serta penguasaan mata melihat/pengamatan terhadap objek yang bergerak. Antara permainan dari WePlay yang membantu penguasaan teknik ini adalah Tai Chi Ball, Forever Up -Down dan Infinite Loop.

Begitu juga pergerakan tangan. Cara balingan, pegangan, lontaran dan pelbagai lagi aktiviti melibatkan tangan sememangnya perlu ada cara teknik serta koordinasi yang betul. Dengan menggunakan permainan WePlay sememangnya direka khas untuk visi 'spatial recognition' dapat membantu kita lebih cekap dan mampu membuat balingan dengan lebih jitu.

Ini juga antara aktiviti yang dapat membantu pergerakan motor tangan. Aktiviti memancing ikan plastik :p

'Tactile Stimulation' adalah berasaskan melalui 3 deria iaitu kawalan terhadap motor kekuatan, tactile awareness ) merasai melalui sentuhan dari deria tapak kaki dan kestabila emosi -ketawa,sedih, marah dan sebagainya.


Antara aktiviti yang sempat saya dan anak-anak sertai di bengkel ini adalah 'Save the Princess'. Bunyi agak mudah tetapi cabaran permainan ini agak sukar juga. Ini kerana ianya memerlukan kerjasama dari setiap ahli dalam kumpulan dan setiap ahli juga perlu berfikir secara kritis (luar dari kotak). Ianya juga antara konsep dalam siri permainan WePlay iaitu Body Experience - Stability.

Apa yang perlu setiap ahli kumpulan lakukan adalah mereka harus menyusun ke semua 16 ginger breadman di atas bot pisang. Kerjasama dan komunikasi sangat penting bagi memastikan tugasan ini berjaya.
\
Dan sebenarnya ianya memerlukan teknik yang tertentu bagi memastikan ke semua Ginger Breadman ini berada di atas bot pisang. Jadi setiap peserta perlu berfikir luar dari kotak pemikiran mereka dalam usaha untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Terdapat juga permainan pasangan anak dan ibu yang mana anak perlu melontarkan buah dadu. Manakala ibu perlu melakukan aktiviti yang telah ditetapkan berdasarkan jumlah mata yang dipungut oleh dadu yang dibaling. Permainan ini sebenarnya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan antara pemain.

Aktiviti seterusnya adalah FUTURE ARCHITECT. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan besar dan setiap kumpulan mempunyai peralatan permainan dan misi yang berbeza.

Untuk kumpulan saya, kami perlu membina menara paling tinggi. Jadi ianya memerlukan kombinasi 3 perkara iaitu  koordinasi idea (buah fikiran), pergerakan tangan dan pengamatan (mata).



Wah! memang macam-macam jenis binaan dapat dihasilkan. Semuanya menarik dan cantik.


Saya dan ahli kupulan berjaya menaikkan 2 menara  dan seterusnya digabungkan menjadi satu, seolah-olah struktur KLCC. Lihat sahaja pergerakan motor tangan my Yara (hahaha) yang tidak reti untuk duduk lebih diam. Si kecil ini sangat aktif dan lasak.

Berjaya juga dirakamkan satu gambar sempurna saya bersama rakan pasukan. Apa yang penting KERJASAMA dan juga kami sepasukan perlu fikir lebih kritis dan kreatif dalam menghasilkan binaan seperti yang diarahkan. Dan adakalanya kita perlu berfikir luar dari kotak pemikiran bagi mendapatkan hasil yang terbaik dan memuaskan.

Buat penganju terima kasih atas jemputan, banyak perkara baru, informasi berguna yang saya belajar sepanjang bengkel permainan ini. Untuk keterangan lanjut mengenai permainan WePlay boleh layari 

Permainan WePlay, Kita Belajar Kita Bermain Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 29, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.