ZooMoo Parti Di Dreamworld Playland Starling Mall

kredit pic : Jane Chua

Gaisss..gaisss... saya nak war-warkan ni mengenai ZooMoo  saluran kanak-kanak pertama di dunia menggunakan watak dunia haiwan dalam penceritaannya. Apa yang menarik di saluran interaktif  ini mempunyai boneka, kartun, muzik permainan, teka-teki dan aktiviti yang direka untuk memberi pendidikan dengan cara yang paling unik kepada kanak-kanak.

kredit pic : Jane Chua

Menariknya aplikasi permainan interaktif ZooMoo menyokong sepenuhnya penggunaan teknologi IT seperti telefon pintar dan tablet. Pelbagai aktiviti menarik disediakan, selain daripada anak yang bermain digalakkan untuk bermain sebanyak mana permainan atas talian yang ditawarkan. Antaranya seperti kad haiwan, kesan bunyi haiwan, video haiwan dalam persekitaran semulajadi dan kad makanan untuk memberi makan haiwan. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara PERCUMA di App Store dan Google Play Store.

Rancangan ZooMoo boleh ditonton di Saluran Astro 619. Terdapat banyak kartun menarik sepanjang bulan Oktober ini,  antaranya Ruff Ruff, Tweet dan Dave, Fluffy's Magic Play House.

kredit pic : Jane Chua

Berpeluang membawa anak-anak saya untuk menyertai parti bersama ZooMoo dan juga bermain di Dreamworld Playland Starling Mall pastinya tidak akan saya lepaskan. Apatah lagi ianya merupakan playland terbaru yang dibuka di kawasan Lembah Klang.

kredit pic : Jane Chua

Memandangkan ianya parti untuk kanak-kanak memang tidak dinafikan parti ini mewah dengan cup cakes, macaron, fish fillet, dan pelbagai lagi hidangan yang biasanya kanak-kanak gemari. Saya juga teruja dengan corak-corak di atas kek dan dekorasi untuk candy buffet semuanya mempertengahkan karektor ZooMoo. Comel-comel belaka, rasa sayang nak gigit, hahahha.

Anak saya juga ada menyertai aktiviti mewarna di sini. Dan saya melihat mereka begitu tekun menyiapkan aktiviti mewarna bersama-sama. 'Bonding time' adik beradik :-p

Terdapat juga sudut di mana anak-anak boleh membina sesuatu menggunakan lego yang disediakan. Sememangnya Dreamland memang sesuai dikunjungi semua jenis umur kanak-kanak. Dan kita boleh pilih jenis permainan apa yang digemari untuk bermin di situ.

Kalau nak anjurkan acara tertentu pun tiada masalah, sebab pelbagai kemudahan asas untuk anak-anak berparti memang ada disediakan di sini. Menarik bukan?

My Yara yang sememangnya sudah teruja untuk menerokai apa yang ada di Dreamworld Playland, hehehe.

Hokeh! Biar gambar berbicara, lihat sahaja begitu banyak permainan 'indoor' yang boleh dicuba oleh kanak-kanak apabila mereka berada di sini. Sebenarnya bermain adalah baik untuk kanak-kanak kerana ianya dapat membantu merangsangkan pergerakan motor fizikal anggota badan.Selain itu mereka dapat bermain bersungguh-sungguh dengan gembira sekaligus melepaskan segala tekanan didalam jiwa :-P
Slide...

Macam-macam ada bukan? Memang kanak-kanak berasa sungguh seronok apabila berada di sini. Mereka akan bermain sepuas-puasnya. Dan sebagai ibu, saya juga teruja melihat kegembiraan mereka apatah lagi dengan peralatan untuk bermain semuanya selamat digunakan dan mesra kanak-kanak.

Kalau nak naik ride ni boleh juga, caj berlainan dikenakan ya. 
Psst: Sila abaikan Akid dan Afiq yang beria bergambar di situ, kahkah...

Tq, arigato, terima kasih kepada pihak ZooMoo Asia & Dreamworld Playland untuk jemputan ini

Nak tahu lebih lanjut uolls bolehlah layari :

ZooMoo Asia 
Website : www.zoomoo.tv


Dreamworld Playland 
ZooMoo Parti Di Dreamworld Playland Starling Mall Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 19, 2017 Rating: 5

2 comments:

  1. akid & afiq ada juga yg tepi ride tu hehe..bdk2 mmg suka la dpt main2 kt playland ni kn..smp tkmo blk

    ReplyDelete
  2. amy- kan klu dapat main mmg tak nak balik hahaha

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.