Bio-Oil ® , produk untuk merawat kesan parut & regangan kulit kini berwajah baru

Pakar dalam penjagaan kulit yang disayangi ramai, Bio-Oil ® kini tampil dengan wajah baru. Selepas kehadirannya selama sedekad di Malaysia, minyak pelbagai guna ajaib ini mendedahkan wajah yang lebih segar, kontemporari dalam pembaharuan terkini.

Produk ini sangat disukai ramai kerana keberkesanannya dan merupakan produk No. 1 untuk merawat kesan parut dan regangan kulit di lebih 24 buah negara termasuk Malaysia (Nielsen, 2016), UK, Australia dan New Zealand. Bio-Oil ® mempunyai campuran vitamin A & E dan minyak tumbuhan semulajadi seperti lavender, kalendula, rosemary dan kamomil, bersama dengan ramuan unggul PurCellin Oil™ yang membolehkan ramuan aktif diserap ke dalam kulit dengan sempurna tanpa meninggalkan kesan berminyak.

Dengan mengekalkan ciri-ciri keunikan warna putih dan oren Bio-Oil ® , kini peknya disertai pula dengan maklumat ringkas mengenai manfaatnya di atas kotak. Sebagai satu produk yang dikenali ramai dan mendapat sambutan hangat dengan testimoni menakjubkan, Bio-Oil ® tetap mengekalkan konsep dan strategi pembungkusan unik dengan mengamalkan rupa wajah yang segar dan bersih. Kecemerlangan reka bentuk baharu ini menonjolkan keanggunan dan tarikan baru kepada pengguna.

Pengguna boleh terus yakin dengan formulasi Bio-Oil ® seperti mana yang dipercayai mereka selama bertahun kerana pembaharuan wajah Bio-Oil ® hanya tertakluk kepada pembungkusan sahaja. Rumusan yang telah memenangi anugerah ini dihasilkan dan diedarkan ke seluruh dunia oleh Union-Swiss yang berpengkalan di Cape Town, Afrika Selatan. Ia diuji secara klinikal dan terbukti berkesan untuk mengurangkan penampilan kesan parut, regangan kulit dan tona kulit tidak sekata di bahagian muka serta badan. Selain itu, Bio-Oil ® juga sangat berkesan dalam menangani pelbagai masalah kulit seperti penuaan dan kulit kering.


Keberkesanan Bio-Oil ® bukan hanya sekadar untuk masalah kulit tetapi telah diuji dan terbukti sesuai digunakan untuk kulit sensitif, hypoallergenik (tidak menyebabkan alahan) dan tidak-aknegenik (tidak menyebabkan jerawat). Ia juga selamat digunakan oleh wanita hamil yang
menghadapi masalah kulit semasa kehamilan seperti kesan regangan kulit, pigmentasi dan lain-
lain lagi.

"Pendedahan wajah baru ini amat penting bagi Bio-Oil ® untuk terus kekal relevan di pasaran dan kami sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik kepada pengguna setia kami. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang telah diberi dalam sedekad yang lalu dan memberi jaminan bahawa Bio-Oil ® akan terus menerajui industri ini seperti tahun-tahun yang lalu," kata Low Hooi Wan, Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil ® .

Bio-Oil ® kini boleh didapati di semua farmasi berdekatan dan kedai penjagaan diri di seluruh negara dalam saiz 60ml (RM 34.95), 125ml (RM 58.25) dan 200ml (RM 79.45).

Untuk maklumat lanjut, sila layari bio-oil.com
Bio-Oil ® , produk untuk merawat kesan parut & regangan kulit kini berwajah baru Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 21, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.