Jom Sertai "Happy Camp" Chichi & Chacha

Mencari aktiviti yang berfaedah untuk anak-anak semasa cuti sekolah kini semakin mencabar. Dengan kewujudan teknologi seperti telefon pintar dan tablet, kini kanak-kanak lebih gemar menghabiskan masa bermain permainan atas talian berbanding melakukan aktiviti fizikal. Atas sebab inilah, Chichi & Chacha mahu mengajak kanak-kanak dan ibu-bapa yang prihatin untuk menyertai #CCHappyCamp yang dianjurkan khas untuk kanak-kanak berusia dari 4 hingga 8 tahun.



Chichi & Chacha adalah rancangan edutainment kanak-kanak yang memfokuskan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Chichi & Chacha yang diilhamkan oleh E2L Sdn Bhd, mahu kanak-kanak mengenali potensi diri mereka.

#CCHappyCamp mempunyai tiga aktiviti menarik yang dapat membantu dan meningkat kebolehan kanak-kanak. Aktiviti pertama yang akan diadakan di #CCHappyCamp adalah seni dan kraf yang dikenali sebagai ‘Jr. Art’ yang membantu kanak-kanak mengekspresikan kreativiti dalam diri mereka. Aktiviti kedua adalah aktiviti makanan sihat atau ‘Kids Kitchen’ di mana kanak-kanak akan belajar menghasilkan sendiri makanan ringan yang berkhasiat. Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk menjalankan ‘Science Exploration’ yang akan mengajar mereka tentang pemerhatian dan penaakulan.



#CCHappyCamp yang terdekat akan diadakan pada 11 hingga 15 Disember 2017 di Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana. Yuran penyertaan #CCHappyCamp adalah sebanyak RM80. Pendaftaran telah dibuka dan jika anda menjadi 20 orang pertama yang mendaftar, anda akan mendapat harga istimewa.


Anda boleh mendaftar di bit.ly/HappyCamp-Form. Untuk maklumat lanjut mengenai #CCHappyCamp, boleh layari Facebook dan Instagram rasmi #ChichidanChacha

Jom Sertai "Happy Camp" Chichi & Chacha Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 01, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.