Kursus Dalam Talian Bertaraf Antarabangsa Hasil Kolaborasi Antara CADS dan COURSERA



Dunia pekerjaan hari ini memerlukan pekerja yang berbakat dan berkemahiran dalam memenuhi tuntutan pasaran trend data besar. Malaysia antara sebagai negara peneraju data yang menyasarkan bakal melahirkan 20,000 golongan profesional data menjelangnya tahun 2020.


Dan "Center of Applied Data Science" (CADS) merupakan platform pertama di ASEAN serta satu-satunya pusat kecemerlangan Sains Data di rantau ini bangkit memperkasakan generasi Profesional Data. Selaras dengan matlamat ini, CADS telah bekerjasama dengan Coursera, membina platform terbesar di dunia iaitu 'massive open oline course' (MOOC) bagi menawarkan kursus sains data kepada rakyat Malaysia.

Menerusi kerjasama ini, golongan pekerja dan juga pelajar tidak akan ada masalah untuk meneruskan pekerjaan impian mereka iaitu didalam bidang sains data. Program ini ditawarkan selama setahun dengan 11 kursus atas talian yang mengikut piawaian antarabangsa seperti mana yang telah ditawarkan institusi premier global yang termasyur. Menariknya para pelajar akan mempunyai akses kepada Hub Pembelajaran CADS yang disertakan sekali sesi tuisyen peribadi dengan Para Penyelidik Data yang terlatih dan berpengalaman.


Pendidikan bertaraf antarabangsa di atas talian (on-line) ini merupakan platform yang membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk belajar apa yang mereka cenderung tanpa sebarang kekangan atau permasalahan. Kerjasama CADS dan Coursera ini menawarkan pembelajaran yang luas terutama didalam bidang sains data serta topik yang berkaitan. Para pelajar juga akan mendapat akreditasi yang sememangnya diiktiraf di peringkat antarabangsa tanpa perlu pergi belajar di luar negara.


"Kami amat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan Coursera kerana kami percaya kerjasama ini membolehkan kami memupuk dan memperkasakan generasi baru saintis data yang akan mempuyai akses kepada pendidikan dalam talian terbaik di dunia"

"Ini menandakan komitmen kami untuk melahirkan kumpulan saintis data yang berkemahiran tinggi yang memiliki kursus-kursus dari universiti antarabangsa. Antara institusi yang bereputasi adalah John Hopkins University, Wharton University of Pennsylvania, University of Washington dan University of California, San Diego"
Encik Cheam Tat Inn (Pengarah Urusan CADS)


"Kami sangat berbesar hati dengan kerjasama ini kerana ianya membuka peluang dan kini pembelajaran sains data yang berkualiti tinggi dan efektif dapat diakses ke Malaysia. Perkongsian dengan CADS benar-benar unik kerana pembelajaran yang ditawarkan membolehkan para pelajar menikmati pelbagai manfaat menerusi kursus analisis data dari Universiti hebat dan rakan industri yang turut sertai. Selain itu, mentor peribadi juga disediakan agar mereka boleh berusaha mencipta peluang inovatif dan seterusnya melahirkan bakat-bakat baru saintis data di Malaysia"
Encik Matthew Klein (Pengarah Perkongsian  Kerajaan Antarabangsa di Coursera)




"Platform MOOC seperti Coursera akan membuktikan ianya bernilai bagi pencapaian individu. Organisasi telah membuka lebih banyak peluang penting disebabkan permintaan tinggi terhadap kemahiran teknologi baru. Kursus dalam talian juga boleh membantu pembelajaran yang meluas bagi pelajar universiti serta perkembangan kerjaya untuk para pekerja dan kestabilan tenaga kerja untuk majikan"
Cik Sharala Axryd (Ketua Pegawai Eksekutif ADAX)

 Penukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Encik Cheam Tat Inn (Pengarah Urusan CADS), Encik Matthew Klein (Pengarah Perkongsian  Kerajaan Antarabangsa di Coursera). Turut kelihatan adalah Cik Sharala Axryd (Ketua Pegawai Eksekutif ADAX) dan Dr. Karl Ng Hou (Director Data Economy Division of MDEC).

Kursus ini akan bermula pada Febuari 2018 dengan kos RM4999 (pekerja profesional) dan RM3599 (pelajar). Yuran ini adalah termasuk peperiksaan, kuiz, akses makmal dan panduan saintis data selama sejam seminggu sepanjang proses pembelajaran secara keseluruhan.

Pendaftaran dalam talian bermula dari 15 Disember 2017 dengan tawaran diskaun istimewa sebanyak 10% ditawarkan. Ini hanya bagi mereka yang mendaftar sebelum 31 Disember 2017.

Untuk keterangan lanjut boleh layari : http://thecads.org/coursera/

Jom kejar kareer impian dalam Sains Data dan nikmatilah penjimatan yang menguntungkan!

Kursus Dalam Talian Bertaraf Antarabangsa Hasil Kolaborasi Antara CADS dan COURSERA Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 15, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.