STARBUCKS MEMPERKENALKAN DUA PERISA FRAPPUCCINO® EDISI TERHAD



Setiap tahun pada musim panas Starbucks akan memperkenalkan minuman Frappuccino yang terbaru untuk waktu yang terhad. Dan untuk tahun ini Starbucks telah memperkenalkan Starbucks® Midnight Mocha Frappuccino® dan Starbucks® Tea-ramisu Frappuccino®.

Apa yang menarik tentang kedua perisa baru Frappuccino® ini? Meh saya kongsikan...


Starbucks® Midnight Mocha Frappuccino®:
Ramuan utama adalah koko sebenar bersama kopi Starbucks dan  diadun bersama cip kopi dan paling penting ianya dilapisi krim putar yang gebu. Minuman monokromatik ini ditaburi sedikit serbuk koko hitam di atas untuk menggandakan keseronokan ketika menikmatinya.


Starbucks® Tea-ramisu Frappuccino®: 
Kelainannya adalah melalui sentuhan  pencuci mulut ‘Tiramisu’ yang termasyhur, minuman adunan istimewa ini menggabungkan rasa enak krim kek keju dengan rasa pahit manis matcha (teh hijau) Jepun. Tea-ramisu membawakan tekstur unik dan rasa Frappuccino terbaharu Starbucks dengan adunan asas susu berperisa kek keju dan sos teh hijau yang ditambah krim putar dan taburan biskut teh hijau hancur.



Turut diperkenalkan dua sajian ringan bercoklat terbaru dari Starbucks iaitu Oreo Matcha Oreo Cheese Cake (Kek Keju Oreo Teh Hijau) dan Salted Corn Chocolate Puff (Paf Coklat Jagung Masin).

Oreo Matcha Oreo Cheese Cake dibuat daripada biskut Oreo sebagai lapisan dasar dengan mousse keju teh hijau berkrim di atasnya dan ditaburi cebisan biskut Oreo. Manakala Salted Corn Chocolate Puff dibuat daripada pastri Danish dengan perisa emping coklat berinti jagung masin berkrim yang menyelerakan.



Istimewa untuk semua penggemar kopi, Starbucks memperkenalkan koleksi pek biji kopi yang dipanggang menggunakan kepakaran tersendiri, mengandungi Kati Kati Blend, adunan kopi yang dipanggang secara sederhana untuk memberikan sentuhan perisa sitrus dan rempah ratus dari Kenya dan aroma bunga dari Ethiopia, dan kopi tempal asal tunggal (single origin) baharu yang penuh berperisa dengan keasidan jus dan kemanisan coklat susu – Colombia Huila.

Untuk musim ini, terdapat juga barangan cenderahati baharu bertema Musim Panas dan kad istimewa Starbucks bersempena dengan Hari Ibu, yang sesuai dijadikan sebagai hadiah buat ibu tersayang.

 b 

Starbucks® Midnight Mocha Frappuccino® dan Starbucks® Tea-ramisu Frappuccino® ditawarkan pada harga RM18.60 ke atas. Semua minuman untuk Musim Panas ini boleh didapati di semua cawangan Starbucks bermula dari 17 April 2018, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Starbucks Malaysia di www.starbucks.com.my.

Comments

Nampak menarik perisa baru ni. Walau apa pun. Ruby tetap suka java chip wakakakakaa. Fuh akak bila nak belanja frappucino satuuuu
Syafiera Yamin said…
oh tidak taknak bagitahu kat husband kita, nanti dia tahu mesti ajak kita dating kat starbucks kak... heee dia memang minat betul ngan setabak ni lebih lebih kalau ada menu baru..
Amanda Suria said…
SA dah cuba dah Mocha Frappuccino tu dan rasanya memang sedap..bagi pencinta coffee especially starbuck memang akan cepat jatuh cinta dengan perisa baru ni..tengok entry ni rasa nak pi beli lagi la..
Wawa Ashihara said…
tak pernah cuba starbucks.. Tp yg ni yg baru kn? Guna koko yg sbnr mcm sdp je rasa.. Bolehlh nk try one day nnti..
zaza iman said…
belum ada peluang lagi masuk starbuck..lain kali kalau zaza ke kl, boleh la sesekali merasa minuman baru ni.. sedap pula tengok perisa frappuccino tu..
Shesyira As said…
Nampak sedap la perisa terbaru ni rasa nak pergi je balik kerja nanti dah lama tak minum starbuck
adianiez AIDA said…
Aida masih lom berkesempatan nak num coffee stabak.
Sebab asben x minum. So xde gang :-(
Abby Onety said…
Pengen nyoba menu terbaru dari Starbucks yaitu minuman Frappuccino. Paling asyik ngobrol berkualitas bersama teman teman di Starbuck klo balik kerja.
Zharif Azis said…
Wahhhh dua perisa baru diperkenalkan. Pasti sedap nie. Ini yg huatkan diri ini mahu drive kereta ke starbucks berhampiran dan beli dua minuman nie.
JMR said…
midnight frappucino tu nampak cam sedap gila. esok nak kena gi cari la segelas.
Emarieys said…
Saya ni memang tak pernah masuk starbuck sebelum ini, ada sekali beli...baru tahu air dari starbuck memang sedap ya amat... Sesuailah dengan harga nya.
Hanny Abdullah said…
OMG...dah ada air baru ekk...Ok nanti sis nak terjah le ke Stabak ni. Minuman diorg mmg tak pernah mengecewakan sis
Lia Hasty said…
Tak sabar lah nak cuba menu baru dari Starbucks ni. Memang semua menu kebanyakkan terbaik dan sedap. Keluaran menu baru juga menarik dan setanding sedap dengan menu yang lain.
Wah..nak rasa la yg green tea baru ni..kita mmg suka green tea tu...
Kena ajk husband mnegopi and lepak starbuck la mlam ni
Betty Liew said…
which one is your favourite? Mine one is Tea-Ramisu as I love Tiramisu plus tea. So the mixture is really suit my taste. And the new introduction of the cake also nice. I am Starbucks person and we get 20% by showing our corporate id.
Khai Artzfar said…
sedap ke? haritu nk beli yang chocolate tu dah habis. i is sad
Rawlins GLAM said…
Ok. Bye ayue. Rawlins memang kaki Starbucks maka memang akan dicuba semua menu terbaru ini. Yee ha!
I love Starbucks®. My choice goes to the Midnight Mocha Frappuccino®. so yummy to drink
Ririey Zaries said…
my favorite is mocha and since starbucks ada release new limited edition ni, memang wajiblah nak pergi try mocha frappucino. kebetulan ada grab point boleh guna ;)

Popular Posts