Cadbury Lickables Memberi Lebih Keriangan Buat Si Manja

 
Coklat memang mampu memberi kebahagiaan. Apatah lagi pada kanak-kanak. Dunia mereka memang indah apabila adanya coklat! Terbaru Cadbury telah memperkenalkan Cadbury Dairy Milk Lickables. Didatangkan dalam bentuk UFO, berwarna ungu memang sangat comel.


Seperti anak-anak yang memang sukakan kejutan. Mereka pastinya tidak sabar untuk membuka coklat Cadbury Lickables. Ini kerana mereka bukan sahaja boleh menikmati coklat enak cadbury bahkan didalamnya disertakan juga hadiah misteri buat si comel.


Dan baru-baru ini saya dan anak-anak telah menghadiri pelancaran Cadbury Dairy Milk Lickables di Talent Lounge Damansara Perdana. Selain daripada pelancaran produk pelbagai aktiviti menarik telah diadakan untuk anak-anak di sana.

Kenalkan ini adalah Mr Vikram Karwal, Associate Director of Southeast Asia Mondelez International. Menurut beliau:

"For the very first time, Malaysians cab now enjoy Cadbury Dairy Milk in a creamy format that goes well with a crunchy texture. The delicious taste of Cadbury Milk along with the collectibles are sure to delight many consumers especially parents who want to delight their children with a special treat. Adults too get to regain their sense of childlike wonder with nostalgic and memorable toy characters such as Pokemon. This coincides with the theme of the Cadbury Dairy Milk in Lickables campaign, #CadburyWithLove where we aim to encourage everyone to share moments of love with each other"


Majlis bertambah meriah dengan kehadiran selebriti tanahair yang datang bersama anak mereka. Antaranya seperti Awal Ashari bersama Lara, Sazzy Falak bersama Iman dan Tiara, Dr Jasmeen (isteri kepada Harith Iskandar) dan dua anaknya serta ramai lagi.

Lihat sahaja keterujaan kanak-kanak yang berebut untuk mendapatkan Cadbury Dairy Milk Lickables! Hahahahaha...

Selain itu, kami juga telah mendapat tips dan tunjuk ajar dari Samantha Lee dalam segmen Food Art Workshop bersama Samantha. Ini terutama bagi anak-anak yang agak 'picky eaters', kaedah ini mampu menarik minat mereka untuk menikmati hidangan yang kita sediakan dengan mudah.

Anak-anak saya juga cukup seronok bila diberi peluang untuk mendeko. Tapi biasalah bila anak lelaki, mereka jenis suka yang 'simple', beza dengan anak perempuan yang lebih terserlah kreativitinya.

Tetapi dalam banyak aktiviti, membuat sendiri food art adalah antara yang paling saya gemari. Ini kerana ianya adalah waktu saya dan anak-anak meluangkan masa membuat aktiviti bersama-sama. Antara bahan-bahan yang disediakan seperti roti, timun, oren, lemon, kiwi dan paling penting Cadbury Lickables!

Lihat sahaja Afiq yang bersungguh-sungguh membuat dekorasi makanan menggunakan bahan yang disediakan. Hehehehe. Ameer pula tolong hias dan makan beria dalam masa yang sama.

Tadaaaaaaaaaa!!! Kapal angkasa kitaorang dah siap! Cantikkan :-)

Terima kasih kepada Cadbury Malaysia dan RedMummy atas jemputan. Terima kasih juga atas goodies yang ohsem, aktiviti yang best serta hidangan tengahari yang enak-enak belaka.

So korang boleh dapatkan coklat Cadbury Lickables ini di pasaran pada harga RM4.20 setiap satu. Untuk promosi dan keterangan mengenai produk boleh layari www.facebook.com/CadburyMalaysia

Comments

Ika Sani said…
Tetapi dalam banyak aktiviti, membuat sendiri food art adalah antara yang paling saya gemari bukan sahaja kanak2 tapi orang dewasa seperti Ika juga gemarkannya. Hohon menarik juga pelancaran chocolate Cadbury terbaru ni. Nanti Ika try belila
Amanda Suria said…
Menarik aktiviti buat sendiri food art tu..ini la cadbury baru yang anak buah SA duk meroyan mintak SA belikan tu..dah ada dipasaran kan..nanti la SA consider belikan untuk anak- anak buah..
Hanny Abdullah said…
Wuhuuuu bestnya event ni..dapat ceklat cadbury lagi..yumm yummm. Fav sis dari dulu lagi ni.
Yang best lagi ada pulak aktiviti utk anak2 mereka cipta..sure anak2 syiokk
Halimah Muhiden said…
Wah..pandainya Afiq hias sendiri...kak memang sukakan coklat kalau dapat mmg best kan? seronok tgk budak2 yang kreatif dan minat dlm masak2
Emily said…
Such a fun activity for the kids and their parents. Who doesn't love chocolate? I would be like a big kid myself!
Sebrinah Yeo said…
missed this event, my son would surely love eating whatever delicious sweets here haha! glad u all had fun!
Sharon Lee said…
Cutenya the packaging, nampak ada Pikachu! It was such a fun and creative for the kids, cadbury is my favorite chocolate brand!

Popular Posts