Dapatkan Tudung Ariani Ekslusif Di Guardian


Bertemakan dengan konsep "MEKAR", Galeri Ariani telah berkalaborasi bersama Guardian Malaysia menampilkan 4 rekaan anggun iaitu Essential Basic Shawl (kosong), Blush Printed Square (tudung empat segi), Blooming Printed Shawl (selendang) dan yang paling istimewa Florescence Premium Shawl.

Sepanjang tempoh promosi dua bulan (dari 1 Mei hingga 27 Jun), shawl/tudung ini boleh dibeli pada separuh harga iaitu antara RM29.90 hingga RM89.90, dimana 54 ke 57 peratus lebih rendah daripada harga pasaran yang disyorkan.

Cara mendapatkan tudung-tudung esklusif Ariani ini sangat mudah sahaja uolls. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan membeli jenama utama yang mengambil bahagian seperti Maybelline, Dermo Expertise, Pantene, Safi dan Thymos. Dalam apa-apa sahaja jumlah pembelian, seterusnya korang boleh membeli tudung ini pada harga yang sangat berpatutan (PWP ).

Paling menarik korang membeli ke semua 4 koleksi ini dan boleh gayakan pada hari lebaran nanti. Bestkan!


Ini adalah rekaan Essential Basic Shawl (kosong). Warna yang lembut dan bagi saya sendiri ianya sesuai untuk semua jenis warna kulit muka.

 Ada logo "A" - Ariani di hujung tuxung bagi menampakkan elemen esklusif.

 Model yang menggayakan tudung Essential Basic Shawl (kosong).

Dan ini adalah Florescence Premium Shawl. Corak abstrak bunga-bunga di shawl ini memang cantik. Apatah lagi gabungan warna shawl ini memang menaukkan seri si pemakainya.

Shawl ini cantik digayakan dengan baju plain tanpa corak. 

 Seterusnya Blooming Printed Shawl (selendang). Corak bunganya akan kelihatan di hujung shawl. Bagi mereka yang suka gaya 'simple' pasti memilih rekaan shawl ini.

Cantikkan apabila digayakan oleh model ini. Nampak sesuai dipadankan dengan baju berwarna lembut seperti putih.

 Seni abstrak "mekar"nya dari bunga.

Siapa yang gemarkan tudung jenis petak (segi empat), pasti akan memilih Blush Printed Square (tudung empat segi). Kelihatan 2 kuntum bunga di bahagian tengah. Sekali lagi pemilihan warna untuk tudung ini juga warna-warna lembut sekaligus mampu menyerlahkan aura si pemakai.

Ke semua shawl dan tudung yang ditawarkan memang menarik terutama dari segi rekaan dan fabrik yang digunakan. Paling penting ianya senang digayakan, mudah digosok dan pasti terletak cantik di kepala.


“Cetakan eksklusif skarf ini hadir dalam empat corak segar dan elegan. Ia dihasilkan daripada material berkualiti yang ringan dan tahan lasak, boleh disuaikan dengan pelbagai gaya, mudah serta selesa dipakai. Kami yakin dengan kualiti seperti ini, para pelanggan kami pasti tertarik untuk mendapatkannya untuk Hari Raya nanti.”

“Walaupun Guardian Malaysia merupakan sebuah jenama kesihatan dan kecantikan, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami. Dalam perancangan untuk Ramadan dan Hari Raya, kami percaya para pelanggan kami ingin memiliki tudung terbaik; dan yang lebih utama, pada harga yang memberi nilai kepada wang mereka!"
Ms Anna Hull, Pengarah Barangan Guardian Health And Beauty Sdn Bhd

“Pengertian kecantikan dari dalam melalui penggunaan produk di stor Guardian kini dimantapkan lagi dengan pemakaian tudung ARIANI, yang mana semuanya boleh didapati di bawah satu bumbung!”

"ARIANI, sebuah anak syarikat Kumpulan JAKEL, telah menghasilkan koleksi skarf ‘Edisi Lebaran’ dengan perincian yang halus dan ia direka bagi memenuhi tiga elemen teras – keeksklusifan, kesopanan dan kontemporari."
Datin Farah Haryani, Pengarah Pemasaran Ariani

So, korang jangan lupa dapatkan tudung ini di cawangan Guardian yang berdekatan :-)

Comments

Popular Posts