Mom's Day Out Bersama Pigeon

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu, Pigeon Malaysia telah menjemput seramai 25 mom blogger untuk menyertai satu acara esklusif yang cukup menarik. Pelbagai aktiviti telah disediakan khas untuk ibu-ibu agar mereka dapat menikmati waktu untuk diri mereka sendiri (me time) dengan penuh keseronokan.

Sebelum kami memulakan aktiviti, Mr Masaki Tago (Pengarah Urusan Pigeon Malaysia) selaku wakil dari pihak penganjur telah memberikan kata-kata aluan;

"Pigeon is the market leader in mother and baby care products and we believe that happy mothers make happy families. By providing the mothers with products of the highest level of comfort, quality, and convenience, it will lighten every mother's load and create a stress-free life. We have a full range of products that caters to every mother's needs"

Aktiviti pertama kami adalah senaman Yoga. Menariknya kami telah melakukan satu aktiviti yoga yang dinamakan "mind detox" yang mana kita akan menarik nafas secara dalam-dalam menggunakan fikiran. Ianya mampu memberi ketenangan dan mengurangkan rasa stress. Selain itu kami juga telah melakukan Soundbath Theraphy yang mana kami perlu merehatkan diri dalam keadaan penuh relaks dan ditemani dengan 'healing sound' dari 'Crystal Singing Bowl'. Aktiviti yoga yang unik ini benar-benar memberi pengalaman baru kepada saya. Memang best!

Setiap pergerakan badan melalui aktiviti yoga mampu memberi keselesaan dan mengurangkan rasa tegang di badan (urat dan sebagainya). Sepertimana yang kita ketahui sebagai ibu, kita perlu memberi komitmen terutama dalam kehidupan dan aktiviti anak setiap hari. Dan ini memang boleh menyebabkan badan kita mudah rasa penat. Dengan melakukan pergerakan asas yoga kita mampu merehatkan diri secara fizikal dan juga mental.

Seterusnya satu sesi perkongsian pengalaman dan produk Pigeon bersama dengan selebriti Vanessa Chong (bekas Juara Amazing Race mewakili Malaysia) dan juga wakil dari pihak Pigeon Malaysia. Vanessa Chong yang baru bergelar ibu kepada anaknya yang kini sudah berusia 4 bulan. Menurut Vanessa, beliau banyak belajar tentang penjagaan bayi samada melalui pembacaan mahupun perkongsian dari keluarga dan rakan yang lain. Dan sebagai ibu beliau sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Oleh yang demikian, beliau akan memastikan setiap produk yang dipakai ke atas anaknya adalah benar-benar selamat dan sesuai. Ini adalah melalui ramuan yang digunakan didalam produk tersebut. Keutamaannya adalah mestilah mesra bayi!

Perasaan dan harapan Vanessa Chong adalah sama sahaja seperti ibu-ibu yang lain. 

Melihat kepada senario seperti ini, Pigeon yang begitu prihatin telah mengeluarkan produk seharian terbaik yang sesuai untuk kegunaan anak di rumah.

Antaranya seperti:- 

The Newborn Pure Skincare Series. Rangkaian penjagaan khas untuk bayi yang mana bermula dari bayi yang baru dilahirkan (newborn). Diformulasi dari Natulayer yang memberi 2 kali perlindungan dan kelembapan. Ianya bertindak seperti vernix dan ceramide yang mana melindungi kulit bayi ketika bayi berada didalam kantung rahim. Tiada paraben, alkohol dan bahan-bahan lain yang merbahaya. Dan ianya sesuai untuk semua jenis kulit bayi dan mampu mengekalkan kelembapan kulit agar tidak kering yang mana boleh menyebabkan pengelupasan kulit.

Siri penjagaan bayi ini datangnya dari Jepun dan terdiri daripada nourishing shampoo, purifying body wash, moisturizing lotion, calming oil dan protective cream. Keterangan lanjut mengenai produk boleh layari www.newbornpure.com.my


Pigeon juga memperkenalkan produk istimewa untuk kegunaan bayi dan anak setiap hari. Iaitu Piegeon's Disney Collection. Kebanyakan anak-anak memang cukup mengenali karektor kartun Mickey Mouse yang lucu. Antara produk dibawah siri Micky Mouse ini seperti nursing bottle, Mag Mag Disney Straw Cup, puting dan banyak lagi.

Untuk mencuci sayuran serta perkara berkaitan botol dan lain-lain agar lebih bersih adalah disarankan menggunakan Pigeon Foaming Clenaser. Apa yang best ianya dihasilkan daripada 100% bahan 'food grade'. Ianya juga boleh membunuh 99.99% peratus bakteria. Pencuci ini sangat ideal untuk kita mencuci buah, sayuran dan juga botol susu dan sebagainya.

Didik anak untuk menjaga kebersihan gigi sejak mereka kecil lagi. Kenalkan di atas adalah Pigeon Trainning Toothbrush. Terdapat 4 jenis warna dan bentuk berus gigi ini adalah mengikut kesesuian umur. Comelkan. Pengenalan kepada inivasi produk ini sekaligus dapat memotivasikan anak untuk terus rajin menjaga kebersihan diri.

Pihak penganjur juga telah menyediakan perkhidmatan urutan tangan. Di mana setiap blogger yang hadir boleh dapatkan urutan tangan (selama10  minit). Rasa memang best, begitu banyak angin dalam badan keluar biarpun hanya mengurut di bahagian tangan sahaja.

Terdapat juga kerusi kegel yang mana kita boleh mencubanya (ada yang pertama kali mendengar perkataan kegel, hehe). Dikatakan kerusi kegel ini mampu menguatkan sistem peranakan di bahagian bawah.

Cookies mickey mouse dan minnie mouse yang super comel~!

Belon!!

Sempat saya ambil satu sebagai hadiah untuk si kecil (my Yara) yang ditinggalkan sebentar bersama abang dan kakaknya, hehe.

Jamuan makanan yang disediakan semua sedap-sedap. memang berulang-kali saya menambah. Lupa terus tentang diet (heheh).

Antara sebab mengapa saya berasa sangat gembira kerana dapat menyertai Mom's Day Out bersama Pigeon - saya dapat bertemu kembali rakan-rakan blogger lama (otai). Kami dapat berkongsi cerita terutama tentang perkembangan terkini (re-onion, hahahah - membawang!).

Tidak dinafikan anjuran aktiviti seperti ini memang sangat saya nantikan. Ianya adalah masa untuk diri sendiri agar dapat lari dari kesibukan tugas sebagai seorang ibu (cuti sehari). Selain dapat memanjakan diri, saya juga dapat mengenali produk Pigeon yang begitu dekat di hati famili. 

Terima kasih Pigeon di jemputan dan penganjuran aktiviti yang dirancangkan begitu sukses!

Comments

Kylie wenn said…
Aww.. this event looks great for mummy.. miss this out.. enjoy and relax with yoga..
Bella Enveeus said…
Soundbath Therapy sounds good. Sebab music sound wave ada macam2, ada yang boleh buat kita rasa marah (metal music usually) dan ada yang boleh menenangkan minda. Bella pun perlukan mind detox jugak ni. Kadang2 banyak sangat benda pikir sampai badan semua rasa letih lesu. Otak kita ni organ yang penting kan, dan kita jg perlu jaga supaya tak stress dsbnya. Produk baby tu belum ada nak guna lagi (hehehe) tapi kalau ada in the future, insyaAllah, Bella akan cari brand Pigeon ni.
Sherry Saw said…
so fun having yoga time with friends. The brand is nice for baby use too. Good to have pampering time.
Amanda Suria said…
Bestnya Ayu dan mommies lain experience banyak aktiviti best dan me time kat sini..memang nampak menarik dan nampak korang semua enjoy betul..Pigeon ni memang product pilihan ibu- ibu di mana pun kan...barangan diorang berkualiti dan nampak exclusive
Kerusi kegel i tak pernah tengok. Senaman kegel je pernah dengar. Menarik aktiviti camni so that boleh bertukar2 fikiran dengan ibu yang lain selain bole la ada me time kan....
Ana Suhana said…
Ana pernah guna produk pigeon ni masa syafu kecik dulu. So far puas hati sebab kualiti dia bagus. Harga pun berpatutan. Kalau berpeluang nk juga join program cmni.
Khai Artzfar said…
untungnya mak-mak sekarang ada macam-macam produk untuk mak dan anak. dulu takda pun camni semua, seronok ye semua!
Hanny Abdullah said…
Wahh syioknya event ni..bagi peluang untuk diri sendiri dan hangout sama rakan-rakan lain, bukan tu aje... ada pulak yoga dan urutan tangan..boleh relaxkan badan dlm kesibukkan jaga anak-anak. Bilalah sis dapat peluang cam ni..huhuhu.
Pasal produk ni..memang jenama yg bagus..masa anak kecik pun ada gunakan jenama ni
Maha Mahu said…
Sronok jadi ibu ni sebab setiap tahu ada hari ibu boleh manjakan diri dan juga dapat layanan istimewa hehehehe. Tapi tengok barang baby tu nak tambah anak lagi ker wakakakaka...
Lia Hasty said…
Bagusnya dah ada brand produk ibu dan anak. Tak perlu ibu was-was lagi dalam pengambilan produk terbaik untuk anak-anaknya. Suka event yang siap ada demo untuk para ibu.
tenku butang said…
best dapat join program macam ni.. TB pun teringin nak join tapi masa je macam tak sesuai lagi.. nak pula tengok produk yang join ni dari Pegeon .. salah satu produk yang dikenali ibu-ibu di malaysia.. ada aktiviti yang syok untuk ibu-ibu cuba lak ye.. ada jamuan lagi.. amboi.. bestnya uiii.. heee
emi said…
Ini event yg sama si syafiera pergi eh? Macam ada nampak dia upload kat instagram. Bestnya, tapi emi belum mak2 pun lagi so takleh join hehe
Mawardi Yunus said…
Banyak betul aktiviti menarik yang diorang buat dalam event ni ya. Baguslah takdelah kosong dengar ceramah je kan kalau ke event.
dr-Life said…
i watched before baby's day out.. first time reading mom's day out... hahaha... this is truly interesting. only the motherhood or mother to be knows how these activities goes... i wanna learn also la.. before too late..
Zharif Azis said…
Wahhhh bestlah ibu-ibu ada me time macam nie. Sedikit sebanyak kurang sikit stress kan. Wahhh sekarang dari zaman bayi pon dah kena start jaga kulit yer. Siap ada skin care khas. Gituu !
Annur Syuhadah said…
Bagus nye pigeon dah keluarkan produk mandian dan sabun. Selama ni AS kenal pigeon ni dengam botol susu, puting dan nasal aspirator je.
Selamat Hari Ibu kak ayu

Kagum dengan ibu yang serba boleh macam akak. Baguslah event ni, especially untuk manjakan diri utk para ibu kasi relax dan chill sikit.

Popular Posts