"River Of Life" (ROL) Kuala Lumpur Yang Mempersonakan


Gambar dari Google

Kecantikan sungai di betul-betul tengah bandar Kuala Lumpur di waktu malam benar-benar mempersonakan. Terletak begitu hampir dengan Masjid Jamek yang merupakan antara bangunan lama yang mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri.

Gambar dari Google

Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) dengan keunikan kolam biru yang begitu terang cahayanya di waktu malam menarik minat pelancong luar negara. Bahkan tidak menafikan masyarakat tempatan turut berbangga dengan kecantikan sungai ini yang boleh lihat dengan jelas di waktu malam. 

Untuk pengetahuan semua, projek Rivel of LIfe (ROL) ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Ogos 2017.


Gambar dari Google

River of Life (ROL) ini melibatkan pertembungan diantara Sungai Gombak dan Sungai Klang telah dilancarkan pada 2011. Ianya di bawah projek permulaan di bawah Greater Kuala Lumpur yang bertujuan menghidupkan semula sungai Klang dan Gombak dalam bandar, mengubahnya sebagai kawasan yang berkembang maju dengan nilai ekonomi dan komersial melalui pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah. 

Gambar dari Google

Selain itu, pembinaan Count Down Clock di kawasan River of Life (ROL) yang menampilkan rekabentuk moden ini mampu memberikan inspirasi kepada peminat seni binaan. Apatah lagi ianya dilengkapi pancuran air yang cantik dan paparan masa menjelang detik menyambut tahun 2020.

Gambar dari Google

River of Life (ROL) ini juga dihiasi dengan tanaman landskap yang indah dan kerja-kerja pengindahan akan dilengkapi lagi dengan pelbagai kemudahan. Sekaligus menjadikan kawasan River of Life (ROL) ini sebagai tempat rekreasi baru untuk beristirahat bersama keluarga dan rakan-rakan.
Oh ya! Bagi pengunjung yang ke sini adalah disarankan untuk mendapatkan gambar lebih cantik, haruslah membidik kamera masing-masing dari lokasi jambatan yang menghubungkan dua sungai ini.


Gambar dari Google

Kehadiran 'mist' dari celah lubang perparitan tepi sungai menjadikan kawasan ini seperti berkabus. Tidak dinafikan denga kehadiran lampu warna-warni yang bercahaya menambahkan lagi keindahan kawasan ini. Apatah lagi pada waktu malam yang suasananya cukup tenang dan mendamaikan begitu ketara impak keindahannya. Hakaikatnya buat saya sendiri apabila berada di sini ianya merupakan satu terapi dan mampu mengurangkan rasa stress dalam diri terutama apabila melihat pemandangan indah dengan suasana tenang sekali.

Dengan adanya River of Life (ROL) ini sekali gus bakal menjadi mercu tanda terbaru kepada Wilayah Persekutuan serta daya tarikan pelancong. Sebagai anak Malaysia kita perlu berbangga kerana ianya setanding bandar raya bertaraf antarabangsa.

Comments

Zharif Azis said…
Suka bila tengok projek ini dijalankan. Menaik taraf dan menjadikan sungai di KL salah satu tarikn pelancong ke negara kita. Ingat lagi, dulu kawasan masjid jamek nie biasa-biasa je. Tp sekarang dah cantik !!
Hasif Hamsyari said…
Sejujurnya, saya sendiri belum pergi dan tengok sendiri. Selalu tengok gambar orang je yang memang cantiknya bukan main! Seronok ada usaha begini. Memang menjadi tarikan yang mempesonakan, sesuai untuk tarikan pelancongan!
Belum gi tengok sendiri. Tapi perkongsian gambar yang cantik dan wow buat eiza teruja nak tengok. Makin cantik sungai yang dahulunya di pandang sepi ni.
Kin Naz said…
Sungguh memang lawa. Tapi masa pergi aritu ada lagi tempat yang tak siap lagi. Nanti nak pergi lagi la
Puteri Nabila said…
Wah! Cantiknya! Bagus la sungai kat KL dah dibersihkan & bertambah cantik. Belum lagi pergi tengok sungai ni, sebab tak selalu menghala ke arah sana... tapi nanti bila ada kelapangan mesti akan kesana jugak..
The Fat Paw said…
This is new to me - never knew we had this in KL. Looks great, hoping this will bring positive changes. A must visit!
Bella Enveeus said…
Dah beberapa kali pergi kesini, both waktu siang dan waktu malam. Bila waktu malam tu best sebab ada lampu2. Tapi yang Bella rasa sedikit "kurang" ialah bau Sungai Gombak tu bila air pancur tu keluar. Tapi tak mengapa, mungkin dengan filtering makin lama makin pulih air Sungai Gombak tu, insyaAllah.
Atikah Norbaki said…
Wahhhhhh cantik-cantik nya tgk. Biruuuu je... memang kalau bergambar ni sesuai sgt tu.
Maha Mahu said…
Ya Allah cantiknya bila dapat tengok daripada sisi atas tu memang terpegun bahawa ini adalah di KL dulu 10 tahun dulu masa kita selalu pergi sini jauh berbeza dengan sekarang bagus tahniah..
Suka dengan nama dia, unik River of Life. Ada maksud tersirat tu, sebab kan ni macam longkang, tp boleh jadikan sebagai tarikan.
Nurmisnan said…
cantik dan menawan bila lihat pemandangan waktu mlm
tapi apakah kerana projek ini KL always banjir kilat..
kekekeke... mcm2 KL nak buat. Makin maju.. tapi
harapnya lebih maju dan bersih dr yg ada skrg ni
Emas Putih said…
Selalu lalu kat sana. Memang cantik bila waktu malam! ada satu cahaya biruu jadikan tempat tu menarik lah lagi-lagi ia menjadi tumpuan pelamcong sama ada pelancong dalam dan luar negara. fuhh hterbaoikkk lah dbkl
Ala nape semua gambar dari Google. Hahaha. Saya nak tengok gambar akak ke ROL. Sebab saya ke ROL waktu hampir gelap sunset gitu. Cantik kakkkkk. Pergi ambil gambar. Memang cantik tempat ni. Jalan malam-Malam pun seronok. Nanti nak pergi ROL masa Citrawarna. Hehe
Sunshine Kelly said…
So mesmerizing, I love the night view with colorful lights but i don't the chance to see it yet.
Nadia Johari said…
cantik betul, lama dah ajak husband, tapi takdapat pergi-pergi lagi, sibuk bebenor dia. Dulu sungai ni takdela cantik sangat, lepas buat macam ni memnag menarik. Biru pulak tu..hehehe..suka tengok
Noor Akma said…
Indahnya tak terkata.. Bagaikan di luar negara... Hebat KL :)
Ainyy Zain said…
lahhh ainy tak tahu pun kat KL rupanya ada tempat cantik macamni. nampak sangat dah lama tak jalan2 kawasan KL. cantik sangat! boleh bawak family lepak2 sinilah nanti. santai je.
el said…
tak sangka kan sungai KL yg dulunya x berapa dikenali sekarang menjadi satu tarikan pelancongan pula..tahniah usaham murni pihak WP
Nurul Shahira said…
Uih, cantik sekarang ni sungai KL. Dah boleh jalan-jalab sambil selfie wefie. Dulu nak lalu tepi ni pun fikir 2,3 kali, hehe
Mrs Pip said…
dah boleh mejadi daya tarikan pelancong dah ni... cantik.
Cekgu Norazimah said…
Wow, tak sangka dah berubah macam ni sekali
Miza Talib said…
Tahniah DBKL sungai yang dulu penuh sampai dah cantik dan wow
shamiera osment said…
walaupon selalu ke KL tapi still x pernah pergi ke sini..kena spend time juga kan..nak amik pic kat sini lah nanti sambil ke CM..lama x ke sana..
Eintan Nurfuzie said…
dari sungai x de orang pandang.. sekarang semua orang tertumpu kat sini lani kan?
Dulu masa study kat sana sungai memang tak cantik. Skrg berubah 360 degree
khaty aiman said…
cantik sekarang ni, sungai dibandar lagi menarik waktu malam sebab ada neon yang sedap mata memandang.
Mrs Fuzy Hamid said…
Bangga tgk sungai kita sah cantik
sayidah napisah said…
baru tahu pasal ROL haritu. menarik

Popular Posts